Wednesday, July 26, 2017

Bekas Bos JPJ Memandu Di Lorong Kecemasan, Didakwa.



Yusoff (kiri) dan peguamnya, Baljit (kanan) berbincang sesuatu selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam atas pertuduhan memandu di lorong kecemasan.


PUTRAJAYA – Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob yang sebelum ini didenda RM600 kerana memandu di lorong kecemasan, semalam didakwa semula di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan sama.
Yusoff, 58, yang ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Jumaat lalu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Pegawai kanan JPJ itu didakwa atas pertuduhan memandu kereta dengan nombor pendaftaran BLY 68 di lorong kecemasan Lingkaran Putrajaya di Putrajaya pada pukul 6.27 petang pada 7 Oktober 2016.
Kesalahan itu didakwa di bawah Kaedah 53(1) Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(1)(c) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kesalahan itu membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.
Selepas pertuduhan dibacakan, Yusoff yang memakai sut berwarna biru gelap menjawab: “Saya mengaku tidak bersalah.”
Pada 18 Julai lepas, Yusoff tidak hadir ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di mahkamah sama.
Yusoff menghantar pegawai khasnya yang hanya dikenali sebagai Tengku Dahari bagi menghadapi pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
IKLAN IH
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki.
Berminat, sila klik ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails