BERITA ini mula menarik perhatian ramai apabila seorang pengguna Facebook bernama Pak Usop meninggalkan komen pada kenalannya bertanyakan adakah benar pihak berkuasa Brunei enggan memberikan kebenaran kepada Sajat, seorang bapok untuk memasuki negara tersebut.
“Betul ke dia (Sajat) pergi Brunei hari ini (tapi) tak lepas masuk?” soal Pak Usop kepada rakannya yang bertugas sebagai wartawan di salah sebuah portal online,semalam.
Bagaimanapun, berita tersebut tidak dapat disahkan kebenarannya dan tuan empunya badan juga belum memberikan sebarang komen terhadap isu itu.
Pada 1 Mei 2014, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan penguatkuasaan hukum hudud di negara itu termasuk melaksanakan hukuman potong pergelangan tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.
Selain itu, bagi fasa kedua pelaksanaan hukuman itu, hukuman berat akan dikenakan kepada golongan homoseksual serta yang menghina Al-Quran dan Rasulullah S.A.W.
Undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu diwartakan selepas beberapa tahun dibawah penelitian dan kajian oleh pihak berkaitan di sana. Demikian saringan dari berita MYNEWSHUB.CC.
Tahniah kepada kerajaan Brunei yang berani menyahut seruan dan hukum Allah SWT. Bukan seperti kerajaan Malaysia yang takut hendak melaksanakan hukum Allah dan berani memaksa manusia Islam di negara ini menganut hukum manusia.
Kepad bapok, kembalilah ke dunia fitrah, bukan menyelam di dualam..(IH)
IKLAN IH
Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki
Berminat, sila klik ...
No comments:
Post a Comment