Wednesday, July 26, 2017

Bukan Tunduk Tekanan, Tetapi Lakonan 'Samseng Antarabangsa'.














REUTERS - Pasukan keselamatan Israel menanggalkan alat pengesan logam yang dipasang di pintu masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa di Bandar Lama, Baitulmuqaddis.
BAITULMUQADDIS – Israel mengalihkan alat pengesan logam di pekarangan Masjid Al-Aqsa menje­lang subuh semalam dan menyatakan bahawa peralatan itu tidak lagi akan digunakan berikutan pemasangannya mencetuskan keganasan dan tunjuk perasaan. 
Tindakan itu susulan tekanan antarabangsa bagi mengekang kekacauan di Baitulmuqaddis daripada terus merebak.
 REUTERS - PENDUDUK Palestin mengerjakan solat di Bandar Lama, dekat pekarangan Majid Al-Aqsa kelmarin. 
Komuniti antarabangsa sebelum ini memberi amaran bahawa penentangan terhadap pemasangan alat pengesan logam itu akan merebak ke luar Israel dan wilayah Palestin.
Sekumpulan pekerja dilihat memindahkan alat-alat pengesan logam dari pintu masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa awal pagi semalam, kata seorang wartawan agensi berita AFP.
Begitulah lakonan 'samseng antarabngsa' bersama kuncu-kuncunya yang bertindak ganas ke atas umat Islam dan rakyat tertindas.
Jahannam Israel!!


IKLAN IH
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki 

No comments:

Post a Comment