Thursday, July 06, 2017

Dagang Karbon, MB K'tan Jawab Husam Musa..


INISIATIF perdagangan karbon bagi mengurangkan kadar pelepasan Green House Gas (GHG) dengan kerjasama sebuah syarikat turut mengambil kira pandangan kerajaan pusat.
Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pandangan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar diambil perhatian.
Malah katanya, kerajaan negeri tidak pernah mengarah atau meminta Syarikat Climate Protector Sdn Bhd atau mana-mana syarikat mengutip wang untuk melaksanakan projek karbon trading tersebut.
“Kerajaan negeri berharap sesiapa yang ada membuat apa jua bayaran agar dapat membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya pada kenyataan media di Kota Bharu hari ini.
Baru-baru ini Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Datuk Husam Musa mempersoalkan kelayakan syarikat menguruskan perdagangan karbon dengan kerajaan Kelantan yang didakwa tidak mendapat kelulusan Bank Negara untuk beroperasi.
Pada 9 Januari lepas kerajaan Kelantan menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan Syarikat Climate Protector Sdn Bhd bagi mengenal pasti stok karbon di kawasan hutan seluas satu juta ekar.
Ustaz Ahmad berkata, syarikat itu diberi tempoh 24 bulan untuk melakukan analisa saintifik, penilaian dan laporan verifikasi oleh saintis bertauliah stok karbon.
“Insentif yang dilakukan itu amat baik dalam usaha menggalakkan negara-negara membangun mengurangkan kadar pelepasan GHG daripada aktiviti penyahhutanan dan kemerosotan hutan.
“Selain itu dapat meningkatkan kadar penyerapan GHG daripada aktiviti pengurusan hutan secara berkekalan.
“Insentif tersebut juga dapat meningkatkan program pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di Kelantan yang berfungsi mengawal kestabilan alam sekitar, menjamin air bersih dan kepelbagaian biologi,” katanya. –HARAKAHDAILY 5/7/2017

Sila rujuk..

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Imej yang berkaitan

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

5 comments:

capriokerr said...


1. Bukan untuk berbangga, tetapi sekadar memulahazahkan diri sendiri. Aku telah mendengar dan memperdengarkan bacaan al-Quran-ku selama tiga tahun dgn guru sehingga tamat tanpa gugur walaupun sepatah. Bacaan al-Quran-ku bersanad.

2. Sudah lebih 10 tahun aku jadi imam solat terawih, dan sekurang-kurangnya 10 juz al-Quran aku baca dalam solat terawih setiap tahun. Antara 30 - 40 orang bersolat terawih bersamaku.

3. Aku sudah berkuliah tafsir di Perlis semenjak hampir 25 tahun yg lalu dan kini sudah sampai juz yg ke 21. Kuliah itu aku sampaikan dgn nota yg aku sediakan sendiri berpandukan beberapa kitab tafsir muktabar. Kini kuliah itu masih berlangsung.

4. Tidak ada hari yg aku tak baca al-Quran dan aku khatam al-Quran dalam tempoh tertentu tanpa leka. Di rumahku juga ada beberapa kitab tafsir muktabar yg aku rujuk termasuk puluhan versi tafsir ada dalam Maktabah Syamilah komputer riba aku.

5. Anak-anak aku juga, aku dan keluarga aku sendiri yg ajar mereka membaca al-Quran. Tidak ada seorang pun anak-anakku yg tak tahu baca al-Quran, bahkan mereka boleh membaca dgn lancar semenjak awal usia lagi. Ada yg menghafaz al-Quran secara bersendirian.

6. Dalam realiti itu, dua tahun lalu aku nekad keluar Pas. Aku ulang, aku keluar Pas secara nekad dgn menyertai Amanah. Dan, semasa dalam Pas dan selepas keluar Pas, begitulah rutin kehidupan aku bersama al-Quran, tidak pernah berubah.

7. Aku percaya, ribuan ahli Amanah juga kehidupan mereka dengan al-Quran sama seperti aku, bahkan aku yakin ada yg lebih baik berpuluh kali ganda berbanding aku. Mereka juga bekas ahli Pas. Hal yg sama juga ada pada mereka yg tak pernah pun masuk Pas.

8. Tiba-tiba Abdul Hadi berkata, sesiapa keluar Pas buta al-Quran. Hah... buta al-Quran-kah aku dan kami? Jika setara aku dan kami (maaf, bukan utk bangga) masih dikata buta al-Quran, setara manakah baru dikira tak buta al-Quran? Adakah semua orang Pas sekarang tidak ada yg buta al-Quran, atau mereka dikira celik al-Quran kerana bersama Pas dan bukan bersama al-Quran?
9. Aku kenal ramai orang Pas, bahkan begitu kuat dokong Pas, baca al-Quran pun merayap-rayap. Apabila ada usrah, dia mengelak utk baca al-Quran kerana takut diketahui tak tahu baca al-Quran. Adakah mereka tak dikira buta al-Quran? Oh tidak dikira begitu sebab mereka orang Pas...! Begitukah?

10. Maafkan aku wahai Abdul Hadi. Usahlah kamu rasa diri kamu dan parti kamu suci tanpa noda. Usahlah kamu cuba persoalkan nilai agama orang lain. Usahlah kamu ambil kerja Tuhan utk menentukan kesyurgaan atau kenerakaan orang lain. Jadilah hamba Tuhan, bukan cuba jadi Tuhan...!

11. Inilah teguran tulus daripada Zola utk Abdul Hadi. Zola cerita tentang diri Zola sendiri bukan utk bangga, tapi Zola tak ada maklumat tentang diri orang lain. Itu saja. Sekadar itu saja...! Semoga cerita ini menjadi iktibar kpd semua yg baca posting Zola ini. ~ Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Anonymous said...

Buta al quran sebab bersekongkol dengan kafir untuk hancurkan agama islam.

Anonymous said...

Jangan Hina lobai sedonia,dia tau apa dia cakap kerna antara makhluk dsuci pemegang konci sorga,lepas Ni lobai ha ha akan dilantik lobai sedonia nombot satu bila Al Qardhawi dtangkap saudi

Anonymous said...

Anon 4:40 PM adalah contoh munafik yang menjadi ahli parti kafir harbi roket yang amat memusuhi agama Islam dan umat Islam. Anon 4:40 PM berfungsi seperti tentera kacang merah (RBA) yang diternak dan diupah oleh pemimpin-pemimpin kafir harbi roket untuk memfitnah dan memburuk-burukkan perjuangan parti Islam semata-mata kerana parti Islam menjadikan Islam sebagai dasar dan matlamat perjuangan parti Islam.

Komen yang ditulis oleh Anon 4:40 PM jelas menunjukkan Anon 4:40 PM adalah seorang pendusta dan munafik yang bersifat riak, ujud, sombong dan bongkak yang mencerminkan ajaran kafir harbi dan puak liberal sesat. Ini jelas menunjukkan parti kuali @ parti PANdir adalah khadam-khadam ternakan parti kafir harbi roket !

Umat Islam yang tulin dan ikhlas tidak akan menceritakan semua kebaikannya kepada orang ramai. Cukuplah hanya Allah yang mengetahui kebaikannya. Kita semua akan menyokong dan mengundi parti Islam dalam PRU14 selepas kita melihat kerakusan roket dan khadam-khadamnya menentang agama Islam dan umat Islam !

Pakatan Tiada Harapan and Be End can go to hell !

Anonymous said...

HANYA PUAK KAFIR HARBI, PUAK MUNAFIK LIBERAL DAN PUAK JAHILIAH SAHAJA YANG MENGHINA DAN MEMUSUHI ULAMA-ULAMA ISLAM YANG DIMULIAKAN OLEH RASULULLAH S.A.W. SEBAGAI PEWARIS NABI.


Tindakan jahat puak kafir harbi, puak munafik liberal dan puak jahiliah menghina, memfitnah dan menentang ulama Islam adalah tindakan jahat yang amat mengembirakan Iblis dan syaitan dan bapak munafik !!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails