Wednesday, July 05, 2017

DAP Guan Eng Bayar Proksi RM209 Juta, Khianat Wang Rakyat?


Captain M – 1. Kenapa agaknya Kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulang Pinang boleh terlebih bayar 400% kepada syarikat pemegang konsesi Terowong Pulau Pinang? Tentulah Lim Guan Eng dan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd punya kepentingan dalam projek itu!
2. 10 Mei 2016 Datuk Seri Abd Rahman Dahlan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) pernah mempersoalkan mengenai konflik kepentingan syarikat Consortium Zenith Contruction Sdn Bhd (sebelum itu CZBUCG) yang dilantik Lim Guan Eng memberikan projek kepada kalangan pemegang sahamnya seperti Astral Supreme Berhad (kini Vizione Holdings Berhad).
3. Dato’ Ng Aun Hooi pemilik dan pemegang saham Syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd hingga kini masih pemegang saham dalam Consortium Zenith Contruction Sdn Bhd (CZCSB). Astral Supreme sebelum ini adalah konsultan projek terowong. Astral atau Vizione Holdings Berhad juga telah mengambil alih Wira Syukur (M) Sdn Bhd (WSSB)
4. Apakah situasi ini berubah untuk tahun 2017? Apakah keistimewaan Consortium Zenith Contruction Sdn Bhd ini dibayar penuh sebelum projek siap? malah meraih untung RM61.5 juta dari pendapatan RM51.8 juta dalam masa setahun.
5. Dalam Consortium Zenith Contruction Sdn Bhd 3 syarikat pemegang saham ialah Zenith Contruction Sdn Bhd (pemegang saham terbesar), Kenanga Nominees (Tempatan) Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd. Zenith Contruction mempunyai 99% kepentingan dalam syarikat konsesi. Vistari Lestari mempunyai kepentingan 41.2% dalam Zenith Contruction. Zarul dan anaknya Zarul Ikhwan mempunyai kepentingan 75 % dalam Vista Lestari. Secara keseluruhan Zarul dan anaknya hanya mempunyai 31 peratus dalam syarikat konsesi terowong iaitu Consortium Zenith Contruction Sdn Bhd.
6. Bakinya 69% lagi geng-geng taikun belaan Lim Guan Eng termasuk Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC). Umum mengetahui hubungan rapat Lim Guan Eng dengan Penasihat PCCC Tan Sri Kok Ping dan Dato ‘Seri Choot Ewe Seng Presiden PCCC. Malah isteri Lim Guan Eng Betty Chew pernah menjadi AJK PCCC bersama Phang Li Khoon penjual banglo rumah murah yang sekarang menjadi kes mahkamah.
7. Jadi apa kita hairan jika Kerajaan DAP Lim Guan Eng terlebih bayar sehingga RM209 juta hanya untuk fi semata-mata apatah lagi pembinaan bagi lebuhraya itu masih belum bermula, malah sudah lewat bertahun-tahun lamanya.
8. Untuk penjelasan lebih lanjut bagi mengikuti isu bayaran terlebih bayar kepada konsesi terowong Pulau Pinang boleh membaca kenyataan media oleh Datuk Eric See-To Choong Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC). Setakat ini Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang jelas bercanggah antara satu sama lain.
SYARIKAT 555 CAPITAL SDN BHD- DATUK CHEW KHOON AIK & LEE TOONG LEON

Lee Toong Leon pelapis dalam PCCC yang disayangi oleh Tan Kok Ping dan Choot Ewe Seng Presiden PCCC
Laporan Ewein Berhad menyatakan jual beli tanah di Pulau Pinang. Chew Khoon Aik juga antara pemegang saham di Ewein Berhad. Datuk Chew Khoon Aik juga telah menjual syarikat 555 Capital Sdn Bhd di mana kepentingan itu dikuasai oleh Chew Khoon Aik dan Lee Toong Leon Pengerusi YES PCCC. Chew Khoon juga adalah Pengarah kepada MBM Industries Sdn Bhd anak syarikat Ewein Berhad. Chew Khoon Aik pernah menjadi AJK PCCC. Dalam Zenith Contruction Sdn Bhd 555 Capital Sdn Bhd dibawah memiliki 4,500,000 saham.

9. Jika projek Terowong Pulau Pinang ini dibina dengan kos RM6.34 bilion di mana RM209 juta sudah dibayar dalam bentuk fi bagi tiga lebuhraya sepanjang 20 kilometer malah keuntungan syarikat konsesi untung menakjubkan RM 61.5 juta dalam setahun. Pastinya Syarikat ini menjadi pembiaya politik DAP di Pulau Pinang.
10. Hanya proksi dan geng dari PCCC dapat bayaran lebih awal walau projek belum siap! Pusing-pusing geng pemegang saham yang melaksanakan projek. Lim Guan Eng membakulsampahkan sistem tender dalam projek terowong di Pulau Pinang. (AIDCNEWS)
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails