Sunday, July 09, 2017

DAP Patut Diharamkan RoS – Bekas Tokoh DAP Melayu


DAP Sepatutnya Diharamkan RoS - Bekas Tokoh DAP Melayu

GEORGE TOWN – Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd. Noor menegaskan parti cauvinis itu sepatutnya dibatalkan pendaftaran oleh Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (RoS).

Zulkifli yang pernah memegang jawatan dalam DAP selama 26 tahun berkata, keputusan RoS mengarahkan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) adalah tidak adil kepada ahli yang buat aduan dan disingkirkan.
Menurut beliau lagi, keputusan pelik RoS berkenaan seolah-olah menunjukkan DAP merupakan sebuah parti politik yang terlalu ‘kebal diusik’ sehingga pihak kerajaan sendiri tidak berani mengambil sebarang tindakan tegas.
“Sepatutnya DAP dihukum dengan langsung dibatalkan pendaftaran parti tersebut kerana telah melakukan banyak kesalahan serius dalam tempoh empat tahun ini,”tegas Zulkifli dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah di Putrajaya pada Jumaat yang meminta DAP supaya mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC sebelum memutuskan tindakan susulan.
Ini kerana pihak RoS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti pembangkang itu hasil pemilihan semula dijalankan pada 29 September 2013, adalah masih lagi tidak sah dari segi undang-undang.
Mengulas lanjut, Zulkifli menambah, jika DAP berdegil dan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi, ia boleh dicabar dari sudut perundangan kerana senarai CEC parti itu pun masih belum diiktiraf RoS.
Untuk rekod, UMNO sendiri pernah diisytiharkan sebagai haram ekoran pemilihan jawatan parti tunjang Barisan Nasional itu pada 1987 dipertikaikan ekoran wujud perwakilan dan cawangan ‘hantu’ yang turut mengundi calon.
Zulkifli yang meletakkan jawatan daripada DAP sejak 2013 merupakan antara tokoh Melayu perintis dalam parti rasis itu sebelum kemudian menubuhkan pula Parti Alternatif Rakyat (PAP) di Pulau Pinang pada 2015 lalu.
Beliau malahan dianggap sebagai ‘arkitek’ kejayaan DAP yang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di negeri utara tersebut pada 2008 dan ‘otai’ Melayu dalam parti pembangkang berkenaan. – Agensi


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

3 comments:

Anonymous said...

Apa yang hang dapat kalau DAP diharamkan?
Kalau kena haramkan, big bro depa pun dah ada tunjuk contoh, buat DAP baru.
Yang jangan ingat yg semua rakyat percaya kat parti parti politik yg bersandiwara d malaysia ni.

Anonymous said...

Melayu hilang kuasa jika dap memerintah...statement bodohkan melayu oleh orang melayu yg bodoh.
Hilangkan orng bodoh dalam umno, supaya orang melayu dicerdikan oleh orang yg cerdik dalam umno. Isu dap adalah propaganda orang bodoh umno utk berdepan orang cerdik umno.DAP pun ada hal dalaman depa yg ada juga minta nasihat orang umno.

Anonymous said...

PAS adalah parti hancing akibat selalu dikencing UMNO .Otak pemimpinnya dan penyokong PAS bertambah bodoh dan dungu kerana makan nasi kangkang keluaran Jiby dan Datin Mah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails