SUKAN
BOLA sepak bukan sahaja menjadi minat kaum adam tapi sudah mula dijiwai wanita. Begitu, tidak terkecuali, Nur Syahindah Mohamad Kamal, 20, yang wajahnya menjadi tular di media sosial gara-gara bergiat aktif dalam sukan bola sepak.
Wajarkah? Bagaimana pandangan dari sudut Islam?
Bukan sahaja cantik tapi Nur Indah tidak pernah melupakan batasnya sebagai seorang muslimah dan sentiasa mengenakan pakaian yang patuh syariah ketika bermain bola.
Justeru tidak hairanlah, gadis yang menjadikan bekas penyerang Barcelona, Ronaldinho sebagai idolanya turut dirisik beberapa pengeluar jenama tudung dan syarikat barangan sukan untuk dijadikan sebagai duta produk mereka.
Bagi setiap gadis, tawaran sebagai model sudah pastinya tidak akan ditolak mentah-mentah. Namun berbeza dengan anak bongsu daripada empat beradik ini yang terpaksa menolak tawaran lumayan itu demi minatnya terhadap bola sepak.
Pada masa sama, tawaran itu turut diketepikan kerana mahu memberi tumpuan kepada pengajiannya dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu, Kelantan.
"Saya sebenarnya rasa tak selesa apabila gambar saya menjadi viral. Mula-mula ok tapi bila dah banyak kali viral, saya bimbang. Saya mahu orang lain tengok saya melalui kualiti permainan bukan kerana paras rupa semata-mata.." katanya. (IH)
IKLAN IH
Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki
Berminat, sila klik ...
6 comments:
Ponteng menghadiri sidang parlimen tanpa sebarang alasan, wajarkah dari sudut agama?
Pemain bola sepak dan futsal wanita Repuklik Islam Iran dah lama praktikkan pakaian cara islamik..
Kepada ikan bodo,
Buktikan 'Ponteng menghadiri sidang parlimen tanpa sebarang alasan'bila, siapa, apa takde alasan? Bodo sangat tukang fitnah?
peluk amoi ok jer
presiden ko la ngok
Ikan libral anti islam fitnah amalan dia
Post a Comment