Monday, July 24, 2017

Gerakan Kristian Evangelist M'sia Dalam Politik DAP &PH?


MEMAHAMI perkembangan Kristian, mahzab Evangelis kini dilihat paling berpengaruh. Peranan aktifnya bukan sahaja di Malaysia, malah secara global terutama di Barat dan Amerika Syarikat (AS).

Disebut sebagai satu fenomena yang kompleks, perkara ini menjadi lebih mudah, sekiranya tokoh-tokoh penggerak Evangelis Kristian dikenali dengan lebih dekat.
Antara tokoh Evangelist Kristian paling terkenal ialah Hannah Yeoh atau Hannah Yeoh Tseow Suan. Speaker Dewan Undangan Selangor berusia 34 tahun ini, mewakili DAP dan Pakatan Harapan. Seorang wanita yang berbakat, beliau menjadi ‘speaker’ termuda.
Karier politik Hannah Yeoh mula dikaitkan dengan Evangelist apabila bukunya‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ dikritik secara terbuka. Hannah Yeoh diselar cuba menyebarkan dakyah Kristian melalui buku tersebut dan sekaligus melanggar perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
Benarkah Kristian Evangelist tersebar melalui politik?
Pastor Daniel Ho, paderi Evangelis pernah menyatakan dalam khutbahnya: “Not everything is politics, but everything is political… we must get involved at every level as much as possible, as deep as possible”.
Ho antara penggiat utama Evangelist selain Theresa Kok, ahli Parlimen DAP yang merancang projek yang dinamakan ‘Dream Malaysia Project’. Gabungan 20 pastor Malaysia yang membentuk ‘silent majority’ dengan matlamat memfokuskan pengukuhan Evamgelist.
Datuk Huan Cheng Guan, Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) menyatakan, lebih 50 peratus Ahli Parlimen dan ADUN DAP beragama Kristian. Menurut Cheng Guan, DAP seperti satu kultus Kristian.
Cheng Guan juga menjelaskan, masalah perkauman antara Cina dan Melayu kini menghala ke arah isu keagamaan. Beliau berkata demikian dalam temubualnya siaran Menara.my pada May lalu. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails