Tuesday, July 04, 2017

Guan Eng Ancam Saman Malu Terhadap Saya &NST.

Jawapan kepada YAB Lim Guan Eng mengancam akan failkan saman malu terhadap saya dan New Straits Times (NST).
YAB Lim Guan Eng mungkin terlupa yang beliau pernah mengeluarkan kenyataan terbabit, dan bukan semalam.
Melalui satu kenyataan media hari ini, YAB Lim Guan Eng berkata beliau tidak mempunyai pilihan lain selain menyaman saya dan New Straits Times kerana mendakwa mengeluarkan kenyataan fitnah.
Guan Eng mendakwa kenyataan yang didakwa fitnah adalah seperti berikut:
“Lim pada awal hari ini mendakwa penduduk Pulau Pinang marah kerana seorang pemimpin dari kerajaan yang bersih didakwa dengan rasuah dan bimbang hukuman ke atasnya akan menjejaskan program kebajikan i-Sejahtera negeri itu.”
Selain itu, Guan Eng turut mendakwa “beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melalui ucapan di Rumah Terbuka Aidilfitri DAP Pulau Pinang, di Jawi, Nibong Tebal semalam.”
Apa yang jelas, tiada sesiapa mengatakan Guan Eng membuat kenyataan seumpama itu di Rumah Terbuka Aidilfitri DAP Pulau Pinang, di Jawi, Nibong Tebal semalam.
NST bagaimanapun menyiarkan sekeping foto di rumah terbuka Nibong Tebal semalam namun tidak menyebut secara khusus bahawa kenyataan itu dibuat di rumah terbuka itu.
Apapun, fakta tetap nyata bahawa Guan Eng pernah membuat kenyataan itu melalui kenyataan rasminya bertarikh 1 Julai 2016 di capaian berikut:
Melalui kenyataan itu, Guan Eng menulis:
“Penduduk Pulau Pinang sedar apa yang dipertaruhkan ialah Program i-Sejahtera dari sebuah kerajaan yang bersih.
“Penduduk Pulau Pinang ini marah kerana seorang pemimpin dari sebuah kerajaan yang bersih kini dituduh melakukan rasuah dan sumbangan berjumlah RM400 juta di bawah program i-Sejahtera kini bakal terjejas.”
Kenyataan media YAB Lim itu turut dilaporkan melalui portal media dalam talian bertajuk “Penang needy will suffer if I am jailed, Guan Eng claims” bertarikh 1 Julai 2016 sebagaimana di capaian berikut:
Kunci utama di mana Guan Eng tidak dapat nafikan ialah beliau sememangnya membuat kenyataan berkenaan, namun bukan semalam dan tidak di Nibong Tebal sebagaimana yang diutarakan beliau terhadap artikel dikeluarkan NST.
Yang utama ialah Guan Eng mahu menyaman bersandarkan kepada rujukan tarikh yang tidak tepat sebagaimana didakwanya dan bukan intipati kepada kritikan BNSC.
Guan Eng sepatutnya menjawab persoalan sebenar iaitu intipati kepada kenyataan BNSC.
Sekali lagi, BNSC ulangi intipatinya. Kerajaan Pulau Pinang adalah lebih utama dari seorang individu. Adalah sesuatu yang ‘luar biasa’ jika Kerajaan Pulau Pinang akan menghentikan program i-Sejahtera hanya kerana seorang pemimpinnya didakwa atau disabitkan dengan kesalahan rasuah.
Jika Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP tidak boleh meneruskan usaha menjaga kebajikan rakyat Pulau Pinang tanpa Guan Eng, maka keseluruhan Exco Pulau Pinang sepatutnya meletak jawatan kerana tidak kompeten.
Saya sifatkan pengumuman Guan Eng yang beliau akan menyaman saya dan sebuah akhbar sebagai usaha berterusannya untuk menakut-nakutkan media dan menindas kebebasan bersuara.
Ia juga satu usaha untuk mengalih perhatian daripada pendedahan berterusan BNSC terhadap projek terowong Pulau Pinang dan 3 lebuhraya (di mana RM220 juta sudah dibayar sebagai fi perunding) dan disebalik dakwaan Exco Chow Kon Yeow bahawa ia hanya terlebih bayar sebanyak 17 peratus dan bukannya 400 peratus sebagaimana disebutkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia.
Saya berpegang teguh kepada kenyatan media saya dan sekiranya Guan Eng mahu teruskan dengan ancaman samannya, maka saya akan menyediakan pembelaan saya termasuk memfailkan saman terhadap Guan Eng kerana mendakwa saya telah memfitnah beliau.
Guan Eng tidak sepatutnya dan tidak boleh dibenarkan untuk menggunakan ruang undang-undang untuk mendiamkan kritikan berfakta terhadapnya.
Meskipun dengan ancaman untuk saman itu, pasukan BNSC akan terus mendedahkan pelbagai skandal dan kelemahan pentadbiran DAP di Pulau Pinang.
Kami juga menggesa Kerajaan Pulau Pinang akan lebih serius dengan persoalan diutarakan kami sebelum ini dan pada masa akan datang serta memberi jawapan, memandangkan mereka bertindak untuk berdiam diri kepada kebanyakan persoalan kami sebelum ini.
Eric See-To
Timbalan Pengarah
Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC)
2 Julai 2017  (AIDCNEWS)
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.



Imej yang berkaitan

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

3 comments:

Anonymous said...

berani buat berai tanggung..see you in court.

Anonymous said...

Nak ikut jejak Razman Zakaria agaknya ni, kalah kena saman oleh Nizar tertonggek-tonggek nak bayar saman yang telah diputuskan oleh mahkamah. Hadi Awang nak saman Sarawak Report pun minta pitih dari ahli, jumlah kutipan masih jauh dari mencukupi...kalau kalah pula nanti hmmm, bungkus! Buat malu orang Islam saja bila kalah di mahkamah sebab kena saman fitnah, Islam tak ajar suruh penganutnya buat fitnah..Lantaklah kau labu!!!

Anonymous said...

apa ko merepek ni labi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails