KUCHING – Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kelmarin berkuat kuasa ke atas orang Islam di negeri itu sahaja.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan itu hanya memberikan implikasi kepada orang Islam dan tidak melibatkan orang bukan Islam di Kelantan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebelum berlepas pulang ke ibu negara selepas menamatkan lawatan kerja dua hari di Sarawak.
Beliau diminta mengulas pindaan tersebut yang antara lain membolehkan hukuman sebat dijalankan di hadapan khalayak ramai.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kerajaan negeri Kelantan berhak mengemukakan pindaan rang undang-undang itu di DUN kerana mereka mempunyai suara majoriti.
“Bagaimanapun, biarpun pindaan tersebut sudah diluluskan ia masih tertakluk kepada perkenan Sultan Kelantan untuk pelaksanaan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, hukuman sebat di tempat awam itu akan dilaksanakan selepas enakmen tersebut diwartakan.
“Secara peribadi saya berpendapat tempat umum seperti di dewan, di luar mahkamah atau hadapan masjid boleh digunakan untuk menjalankan hukuman itu, namun kita akan bermesyuarat untuk memperhalusi perkara berkenaan,” katanya. (Kosmo!)
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.
No comments:
Post a Comment