A. Karim Omar – Kenapakah Gambar “Pastor Victor” Sentiasa Dirahsiakan? Sungguh hairan sekali. Setiap kali ada liputan dalam media-media Kristian yang menyiarkan gambar “Pastor Victor” yang mahukan Bangsa Johor Dimurtadkan Satu Persatu, gambarnya akan dipadam/kaburkan.
Namun, setelah saya membuat rayuan, lebih sebulan lalu, untuk sesiapa yang mempunyai maklumat atau gambar berkenaan “Pastor ‘Misteri’ Victor”supaya kongsikan, saya telah menerima banyak respons:
Sesiapa yang ada gambar penuh Pastor “Misteri” Victor boleh share? Kalau segan hendak hantar secara terbuka boleh hantar secara rahsia melalui “inbox”/”messenger” di FB page saya: http://www.facebook.com/akarimomarpage/
Sebahagian dari himpunan gambar yang saya terima saya gabungkan dan kongsikan di bawah. Ada yang gambar yang saya agak kurang tepat, ada yang terlalu samar untuk dipastikan, dan banyak juga yang sama dikirim. Ada juga gambar-gambar yang kurang sesuai untuk disiarkan.
Namun, yang masih menjadi persoalannya ialah kenapa identiti “Pastor ‘misteri’ Victor” ini sentiasa dirahsiakan?
Apakah besar sangat peranannya dalam memurtadkan orang-orang Melayu Islam? Apakah dia mempunyai tugas dan tanggungjawab penting?
Siapa sebenarnya Pastor “misteri” Victor ini, sehingga begitu penting untuk rahsiakannya? Kita cuba bongkar lagi identiti dan tugas/peranan sebenarnya dalam kiriman-kiriman akan inshaAllah.
IKLAN IH
Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki
Berminat, sila klik ...
1 comment:
Bukankah pastor ni dah tua abt 60+ years.
Post a Comment