Sunday, July 16, 2017

Israel Haramjadah Tahan Mufti Baitulmuqaddis














GAMBAR fail Muhammad Ahmad semasa bergambar di hadapan Dome of Rock berdekatan masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis pada 6 November 2015.- AFP

RAMALLAH, Palestin – Anggota keselamatan Israel menahan seorang ulama tertinggi Islam di Baitulmuqaddis susulan satu serangan kelmarin yang menyebabkan dua anggota polis berketurunan Yahudi terbunuh, kata anak ulama berkenaan.
Mufti Besar Baitulmuqaddis, Muhammad Ahmad Hussein sebelum itu berada di Kota Lama bersama-sama orang ramai dan mengutuk penutupan masjid Al-Aqsa untuk solat selepas serangan terbabit.
Polis Israel berkata, mereka tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung penahanan itu.
Anak lelaki Muhammad Ahmad, Jihad Hussein memberitahu AFP bahawa bapanya telah dibawa ke sebuah balai polis berhampiran Kota Lama.
Salah seorang pengawal peribadi mufti tersebut, Khaled Hamo pula berkata, polis menyerbu orang ramai dan menangkap mufti itu.
Dalam kejadian kelmarin, tiga orang Arab Israel melepaskan tembakan terhadap polis Israel dan mengakibatkan dua daripada mereka terbunuh sebelum melarikan diri ke kawasan suci itu.
Anggota keselamatan telah mengepung kawasan itu manakala masjid Al-Aqsa ditutup untuk solat Jumaat selepas serangan tersebut.
“Saya hanya mempunyai sedikit maklumat tentang kejadian itu, namun tidak bermakna kamu perlu menutup masjid itu untuk solat,” katanya kepada pemberita di pintu masuk Lions Gate di Kota Lama berhampiran kawasan suci itu. Lapor AFP


Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Muhammad Khalil Abd Hadi   mengecam tindakan tentera Israel haramkan solat Jumaat di Masjidil Aqsa.. 

  1. Kebiadaban rejim Israel mengharamkan warga Palestin daripada memasuki Masjid al-Aqsa untuk melaksanakan solat Jumaat semalam (14 Julai) merupakan tindakan melampau dan provokasi ke arah mewujudkan ketegangan baharu di bumi yang dijajah sejak tahun 1948 itu.
  2. Langkah agresif itu mengulangi tragedi melampau ektremis Yahudi yang pernah bertindak membakar sebahagian Masjid al-Aqsa dalam tahun 1969 hingga ditutup seketika yang kemudiannya mengundang reaksi kebangkitan kaum Muslimin di negara itu khususnya dan dunia amnya.
  3. Perbuatan tersebut berisiko meletuskan pertempuran ekoran tercabarnya maruah dan kesabaran umat Islam apabila Israel berterusan menceroboh kesucian qiblat pertama dan masjid ketiga terpenting bagi umat Islam itu. Kami khuatir sentimen berbangkit bakal meletuskan tragedi lebih besar yang membawa peperangan.
  4. Sehubungan itu, kami menggesa OIC dan Ketua-ketua Negara umat Islam untuk segera mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan tindakan tegas ke atas rejim Zionis Israel rentetan insiden tersebut. Masjid al-Aqsa mesti dibebaskan segera dan maruahnya dikembalikan secara aman dan damai.
  5. Malaysia juga dituntut menzahirkan tanggungjawab dan keprihatinan dengan segera mengangkat usul tergempar melalui Sidang Parlimen bagi mengutuk kebiadaban, keangkuhan dan penindasan berterusan yang dilakukan rejim Zionis Israel ini agar ia dapat dihentikan.
  6. Kami turut menyeru seluruh umat Islam bangun bersolidariti bersama warga Palestin bagi meningkatkan usaha pembebasan Masjid al-Aqsa menuju kemerdekaan hakiki Palestin. Kami berharap agar munajat memohon doa kesejahteraan dan keselamatan Palestin dapat dilaksanakan seluruh umat Islam.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails