Wednesday, July 19, 2017

JB Pusat Penajis Zina Pesara S'pura? KPN Nafi..

INILAH lokasi di Jalan Wong Ah Fook dan Jalan Meldrum yang dipercayai menjadi tumpuan pengunjung untuk mendapatkan pelacur di bandar raya Johor Bahru dalam tinjauan Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menepis dakwaan bahawa Johor Bahru menjadi sarang pelacuran wanita asing sehingga menggoda golongan pesara berhidung belang dari Singapura.
Khalid menegaskan bahawa aktiviti seperti itu sama sekali tidak dibenarkan di negara ini, namun ia tidak menjadi satu kesalahan di Singapura.
“Kalau di Singapura pelacuran adalah dibenarkan, jadi kenapa hendak datang ke Johor? Di sana lebih mudah kerana ia aktiviti yang dibenarkan.
“Saya tidak setuju dengan laporan itu kerana aktiviti pelacuran terdapat di mana-mana negara, cuma di sini kita kawal supaya ia tidak berleluasa,” katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman 2017 di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah JSJK, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan Lubuk sundal malam, alias penajis zina..
Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media luar negara kononnya terdapat segelintir pesara Singapura yang berkunjung ke Johor Bahru semata-mata mahu melanggan pelacur warga asing yang terdiri daripada wanita warga Vietnam dan China.
Menerusi laporan sebuah portal berbahasa Cina pada Ahad lalu, pelacur warga asing terbabit kebiasaannya sering dilihat berada di kedai kopi sekitar pusat beli-belah City Square di Jalan Wong Ah Fook bersama pesara yang merupakan golo­ngan warga emas. (Kosmo!)


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan


Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails