KUCHING – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam akan diminta memberi penjelasan berhubung kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelantikan secara kontrak Pegawai Perubatan UD41.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua menteri berkenaan akan diminta berbuat demikian pada mesyuarat Kabinet di Putrajaya esok.
“Bagi saya, isu ini perlu ditangani dengan fikiran terbuka dan saya harus mendengar penjelasan daripada kedua-dua menteri supaya perkara ini tidak dikontroversikan.
“Apa yang penting tidak ada isu-isu yang menjadi polemik dan dimanipulasi oleh pihak berkepentingan menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang akhbar semasa mengunjungi Rumah Terbuka Gawai Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah di Taman BDC di sini semalam.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.
No comments:
Post a Comment