Wednesday, July 12, 2017

Keluarga Lim Main Wayang, Dah Tahu RoS Tidak Iktiraf CEC. Temberang!


Keluarga Lim didakwa bermain wayang, pura-pura terkejut apabila Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), sedangkan mereka sudah mengetahui sejak dari tahun 2013 lagi.
Lim Sian See mendedahkan dua perkara yang berlaku membuktikan keluarga Lim sudah mengetahui RoS tidak mengiktiraf pemilihan semula CEC pada 29 September 2013, iaitu sepucuk surat RoS kepada Pengerusi DAP Kedah dan jawapan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada Anthony Loke di Parlimen pada Oktober 2015.
Dalam sepucuk surat kepada Lee Guan Aik bertarikh 4 Disember 2013, RoS memberitahu beliau merupakan Pengerusi DAP Kedah yang sah dan pelantikan Zairil Khir Johari bagi menggantikannya yang dilakukan CEC pusat tidak sah kerana belum diiktiraf lagi.
Pada Oktober 2015, Menteri Dalam Negeri memberitahu DAP bahawa RoS masih meneliti pemilihan semula CEC yang dilakukan parti itu pada 29 September 2013 dan belum membuat apa-apa keputusan berkaitan dengannya.
Selain dua bukti di atas, Lim Sian See melampirkan beberapa pautan lain berkaitan isu tersebut.
Sehari sebelum pemilihan semula CEC pada 29 September 2013, The Star melaporkan RoS telah memberi amaran kepada DAP agar tidak melanggar pelembagaan yang dirangka sendiri parti itu.
“Selaras dengan perlembagaan DAP, pemilihan pusat perlu diadakan dalam kongres kebangsaan dengan notis 10 minggu diberikan kepada cawangan dan perwakilan.
“Jika DAP menekankan dengan niat untuk mengadakan pemilihan baharu pada hari Ahad (29 September 2013) dalam kongres khas, mereka perlu menukar perlembagaan parti mereka terlebih dahulu,” kenyataan RoS dipetik. (AIDCNews)
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) perlu menghantar wakil bagi memantau pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) yang baharu agar tidak dimanipulasi lagi oleh pihak berkepentingan dalam parti itu, kata bekas ADUN DAP Teratai, Jenice Lee.
Lihat..

1 comment:

Anonymous said...

Pemimpin-pemimpin PANipu, Parti Kencing Rakyat dan Parti Tidak Bersatu yang menjadi khadam parti kafir harbi roket adalah pendusta yang tidak boleh dipercayai 100% kerana mereka berkata mereka mahu menumbangkan Be End tetapi semua usaha mereka digunakan untuk menumbangkan kerajaan pembangkang di Kelantan !

Pemimpin-pemimpin tersebut mempunyai lidah biawak @ lidah bercabang kerana cakap tak serupa bikin ! Mereka hanya pandai menjilat punggung sifu roket dan mereka mendengar dan mematuhi pemimpin-pemimpin roket yang telah menghina dan menentang ajaran Islam dan umat Islam.

Makhluk bangang sahaja menyokong Pakatan Tiada Harapan !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails