... iklan review produk besarkan payudara, Nizam Rahman dikecam netizen kerana video itu dianggap agak keterlaluan dan mempersendakan maruah kaum wanita.
PETALING JAYA: Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria mengingatkan iklan yang menggunakan wanita sebagai model haruslah tidak mendedahkan aurat.
Ini kerana apabila seseorang model mendedahkan aurat dan dilihat orang lain, maka bukan sahaja model itu berdosa bahkan orang yang melihat aurat itu turut berdosa.
“Kadang-kala lengan baju juga tidak ada, perut, lubang dada semua nampak dengan luas, itu semua haram.
“Kalau dilihat di dalam bulan puasa, maka habislah puasa kita. Bila dedahkan aurat, bukan dia sahaja berdosa, orang yang tengok juga berdosa,” katanya kepada FMT.
Beliau diminta memberi pandangan mengenai pembabitan wanita sebagai model iklan, susulan kontroversi beberapa lelaki mencabul papan iklan model wanita Shell baru-baru ini.
Model tersebut, Nor Shafila Khairusalleh, 25, digayakan bertudung dalam iklan tersebut. Shell mengarahkan papan iklan itu ditarik balik serta merta selepas kejadian tidak senonoh itu.
Kelmarin, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menganggap apa yang terjadi ke atas Nor Shafila, yang gambarnya menjadi sasaran pelakuan tidak senonoh, adalah kerana Shell menggunakan wanita dalam iklannya.
Presiden Isma Abdullah Zaik Abdul berkata seorang wanita Islam tidak sepatutnya menerima tawaran menjadi seorang model untuk iklan Shell itu, dan ini walaupun beliau bertudung. Harussani bagaimanapun tidak melihat sebarang masalah sekiranya model bergaya sopan menepati tuntutan Islam.
“Kita tidak sampai seperti yang dilakukan Arab Saudi. Kita cuma lakukan apa yang dikehendaki syarak. Kalau dia menutup aurat tidak menjadi masalah,” katanya.
Arab Saudi tidak membenarkan imej wanitanya dipaparkan secara terbuka. Di televisyen wanita dipaparkan melalui pemakaian jubah panjang dan kain labuh yang menutupi rambut dan lengan. Manakala wanita dalam majalah import di tapis dengan warna hitam di kebanyakan bahagian tubuh wanita seperti lengan, kaki dan dada.
Namun, model muslimah semakin mendapat tempat di Malaysia, terutamanya untuk barangan fesyen, seiring dengan pertumbuhan pengguna Islam dan perkhidmatan patuh syariah di negara ini.
Iklan Kecantikan Wanita Di Media Sosial Sudah Terlampau Lucah
Pelbagai pihak baru-baru ini meluahkan kemarahan selepas gambar beberapa individu melakukan aksi lucah terhadap imej Nor Shafila pada papan iklan Shell itu. Harussani membidas tindakan pencabul papan iklan itu sebagai melampaui batas.
“Pada saya sebenarnya begini, undang-undang tidak akan memberhentikan tindakan-tindakan mereka ini. Cumanya, mereka kena memahami agama sahaja,” katanya. (IH)
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.
No comments:
Post a Comment