Thursday, July 13, 2017

Lulus Ke Arah Melaksanakan A/Mahkamah Syariah 355 -Datuk Mohd Amar

Hasil carian imej untuk Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata RUU yang diluluskan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini merupakan sebahagian daripada persiapan untuk melaksanakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) (yang telah dibentangkan) jika ia diluluskan di Parlimen kelak.
Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.
"Terdapat 33 fasal dalam RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah ini dan semuanya dipinda bagi memperkemaskan hukuman seperti sebat, denda dan beberapa proses teknikal yang lain.
"Contohnya seperti hukum sebat yang kini boleh dilaksanakan di dalam ataupun di luar penjara bergantung kepada keputusan mahkamah. Ia menepati kehendak agama (berkaitan hukuman sebat) sebab hukuman syariah itu mesti dibuat di hadapan khalayak," kata Datuk Mohd Amar  lagi.
RUU itu juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan. 
Pindaan itu dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud. 
Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaa’kub kemudiannya mengumumkan kelulusan RUU itu selepas disokong sebulat suara oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN). 
Hasil carian imej untuk hudud malaysia
Mohd Nassuruddin ketika membentangkan usul itu berkata terdapat beberapa faktor utama yang diambil kira bagi melakukan pindaan enakmen itu antaranya ia telah berusia 15 tahun dan keadaan semasa dunia ketika ini yang berkembang terlalu pesat.
"Pindaan itu perlu dilakukan bagi membantu hakim syariah, pendakwa syarie, peguam syariah, penguat kuasa agama dalam menjalankan prosedur kes jenayah syariah dengan lebih teratur dan seragam.
"Antara pindaan yang akan diguna pakai adalah bagi membolehkan seseorang yang dihukum bersalah disebat di khalayak, penguat kuasa agama boleh menggunakan gari dan video boleh dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan," kata Nasaruddin.
Persidangan ditangguh pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. (Ibnu Hasyim/BERNAMA)

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

5 comments:

Anonymous said...

Perjuangan PAS kini telah terpesong daripada untuk menegakkan hukum hudud kepada hanya penguatkuasaan Akta RUU355. Hudud mana? Hudud mana?

Anonymous said...

Itu cakap orang dungu, tak ikut perkembangan.

Anonymous said...

Selain dungu,,dia juga nak jadi juara daripada kalangan "baruah" dap...

Anonymous said...

Balaci 2:07 AM ternakan roket sepatutnya bertanya kepada PKR, Bersatu dan PAN soalan-soalan:

(1) Hudud mana? Hudud mana?

(2) Mengapa tidak menyokong undang-undang Syariah termasuk Hudud sedangkan pemimpin-pemimpin tersebut mendakwa mereka beragama Islam?

(3) Mengapa menyokong DAP dan pemimpin evangelis yang didakwa menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam?

(4) Mengapa menentang ajaran Islam dan parti Islam dan ulama Islam?

Biasalah balaci makan dedak cap roket maka otak balaci pun setaraf dengan dengan otak lembu ternakan.

Anonymous said...

Kau orang itulah sebenarnya bodoh, sudah menukar prinsip untuk memperjuangkan hudud kepada Akta RUU355 saja. Dalam alquran, sila beritahu ayat dan surah mana yang mengatakan Akta RUU355 itu adalah perintah dari Allah???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails