Peguam Anwar Pertikai ‘Jiwa Rakyat’ Yang Cuba Ditonjolkan Mat Sabu
KUALA LUMPUR – Setelah tersebarnya gambar Mohamad Sabu di Rumah Terbuka Selangor semalam memaparkan beliau tidak duduk di meja VIP dan makan bersama rakyat telah dikecam oleh Latheefa Koya.
Latheefa yang juga peguam kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam entri Facebooknya berkata, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu cuba memaparkan dirinya sebagai pemimpin marhaein namun tidak benar pada realitinya.
“Ada anggota-anggota yang naif sangat dari parti baru ini suka tunjuk konon ketua dia ni marhaein la sangat.. makan dengan rakyat biasa, macam sosialis la..
“Hmm cuba tanya dia – naik kapal terbang satu keluarga tu pergi holiday tu – bisnes kelas ke atau ekonomi.. janganlah hipokrit sangat,” tulis Latheefa.
Pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di Ampang Jaya semalam, Mat Sabu dilihat makan bersama isterinya di luar khemah VIP biar pun terdapat lima meja VIP yang disediakan pada majlis berkenaan.
Menurut pemilik Facebook Ruzaihan Junit yang memuatnaik gambar berkenaan berkata, beliau tidak pasti mengapa Presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu itu tidak menyertai VIP lain.
“Tahu kenapa Abang Mat (Mat Sabu) dan isteri ada di luar? Lepas amik gambar ni saya dok tepi Abang Mat. Abang Mat tanya saya, siapa yang siapkan lima meja VIP dalam dewan? Saya jawab tak tahu.
“Abang Mat terus bebel.. Hari ni kan hari raya awat dok buat meja camtu…..biaq (biar) pemimpin dan rakyat makan sekali. Saya tak suka dok layan lagu tu.
“Saya dengar dan tak berani nak kata apa-apa….saya tahu perangai Abang Mat (Mat Sabu),” tulis Ruzaihan.
Status Facebook Latheefa Koya
Sehubungan itu, terdapat beberapa keluhan daripada pengunjung yang kecewa dengan penganjuran majlis berkenaan.
Mereka mendakwa dibiarkan ‘berterabur’ dan terpaksa beratur bawah panas terik untuk mendapatkan beberapa cucuk sate dan makanan.
Dalam masa yang sama, Latheefa juga menyindir ahli-ahli PAN.
“Penyokong dari parti baru ni suka hentam MB selangor – keje diaorg fokus hentam Selangor – macam Selangor yang rembat duit rakyat,” demikian kata Latheefa. – MalaysiaGazette.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.
No comments:
Post a Comment