Thursday, July 13, 2017

Oh Dr M, Diam Atau Pekung Didedah..


DR MAHATHIR yang  sudahpun diancam dengan pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja atas kerugian Bank Negara semasa pentadirannya dulu, diberi kata dua pula oleh para pembesar PM. Najib dalam UMNO.
      
Diam atau pekungnya didedah!
      
Persepsi kebanyakannya sejak dia masih berkuasa lagi, tidaklah seorang yang bersih  sangat. Dia tidak maksum. Ada cacat celanya. Sedang kerajaan dalam semua masa, dan Perdana Menteri dalam semua masa dituntut bersihnya.
       
Kita tidak mahu kata Dr. Mahathir Perdana Menteri yang bersih. Sebagai Perdana Menteri sebelum ditanya malaikat di akhirat nanti apa yang dibuatnya tentang pimpinannya, maka negaraa dan  rakyat boleh tanya tentang pimpinannya seperti yang baru saja Korea Selatan lakukan kepada Presidennya yang  baru dilucutkan.
      
Dia sedang diadili. Maka Dr. Mahathir sedang diancam untuk disiasat atas peranannya menggalakkan Bank Negara berniaga matawang asing. 
      
Dan sekarang ada kata dua pula untuknya; diam atau semua pekungnya akan didedahkan.
       
Jika dia seorang yang curang, dia wajar diadili.  Islam sendiri dalam menguatkuasakan undang-undang yang semuanya faham ia syariah, seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud, jika Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya baginda akan kerat tanganya.
       
Dalam menegak dan melaksanakan keadilan dan kebenaran, puteri Nabi sendiri  tidak dikecualikan. Anak Saidina Umar al-Khatab dijatuhkan hukuman sebat/rejam oleh Khalifah itu  sendiri.
      
Ia adalah demi keadilan dan kebenaran, tiada pilih kasih dan pilihan.
      
Dr. Mahathir tidaklah dikecualikan. Tetapi apakah yang dihadapkan kepadanya sekarang demi keadilan dan kebenaran?
     
Apabila kata dua diberi kepadanya supaya tutup mulut atau pekungnya akan didedah, maka ada unsur tidak kerana keadilan dan kebenaran. Kalau dia diam, maka pekungnya jika ada akan didiamkan. Jika dia bising, maka dia akan didakwa dan dihukum.
     
Sekalipun menghukum pejenayah itu adalah melaksanakan keadilan, tetapi menghukumnya kerana marah sudah tidak melakukan keadilan.
      
Saidina Ali bin Abu Talib dalam pergelutan dengan musuh, telah menewaskan musuh itu. Hukuman bagi musuh yang ditewaskannya itu ialah bunuh di tempat kejadian dan di masa kejadian itu. Ketika beliau mengangkat pedang untuk memenggalnya, musuh itu meludah mukanya.
     
Saidina Alipun bangun  dan tidak jadi memenggalnya. Dibebaskannya musuh itu.
     
Bertanya musuh itu kepadanya, mengapa tidak membunuhnya sedang tiada halangan baginya memancungnya?
      
Jika musuh itu tidak meludah mukanya, nescaya dia sudah tentu dibunuhnya. Demi keadilan. Tetapi kerana mukanya diludah, jika Saidina Ali bunuh dia, maka bunuh itu bukan kerana keadilan dan kebenaran, tetapi kerana marah. Menghkum kerana marah atau balas dendam, tidak dinamai menjalan keadilan bahkan bahkan ia satu kezaliman.
      
Musuh tadi jika tidak silap ialah Yahudi. Justeru terpesonanya keadilan Saidina Ali tegakkan, dia pun menerima Islam.
     
Perhatian sekarang adakah tindakan yang bakal dikenakan kepada Mahathir itu demi menegakkan keadilan dan kebenaran, atau ia justeru marah dan peras ugut kepada Mahathir. Kata dua itu adalah satu peras ugut. Jika lepas ini Mahathir membisu, dia dilepaskan. Jika dia terus bercakap, maka dia akan diaibkan.
     
Jika sebelum Mahathir mengata itu dan ini kepada PM Najib, mentribunalnya ada demi keadilan. Tetapi kerana marahkan dia menuduh macm-macam kepada Najib, bukan keadilan sebenarnya lagi. Apa lagi dengan kata dua itu, melahirnya yang tidak adil.
      
Ia jadi adil semula jika Najib juga ditribunal. Maka kedua-duanya mesti ditribunal. - HARAKAHDAILY 13/7/2017



Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

1 comment:

Anonymous said...

Undi Pas adalah undi Umno,selagi Umno dan Najib berkuasa rakyat akan terus menderita.Kos hidup akan terus naik,ekonomi Negara terjejas,salah guna kuasa,makan duit rakyat dan menerima rasuah akan berterusan.Hanya orang bengang dan bodoh sahajA masih berharap pada Pas dan UMNO untuk mentadbir negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails