MENELITI kenyataan Media Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, jelas terpancar keghairahannya untuk dijulang sebagai 'Hero Malaya' apabila menyerang PAS Pulau Pinang dengan alasan kononnya PAS menjadi talian hayat kepada Umno-BN .
Pelbagai soalan perlu dirungkai oleh Angkatan Muda Keadilan ini, antaranya dimanakah Suara Angkatan Muda PKR ini saat agama mereka sendiri dihenyak lumat oleh DAP?
Di mana angkatan ini bila mana isu fatwa disalahguna oleh YB Malik Kassim (PKR) selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam dan DAP yang menyebabkan proses fatwa terganggu?
Adakah mengambil pendekatan berdiam diri itu kerana pemimpin itu dari PKR atau tidak mahu mengecawakan rakan pakatan yakni DAP sehingga merelakan fatwa yang melibatkan umat Islam dilanyak begitu sahaja.
Di mana angkatan ini saat tanah-tanah warisan orang Melayu Islam digadai hampir pupus ditelan dek kerakusan Pembangunan?
Apa tindakan Kerajaan Negeri? Kenapa Angkatan ini tidak kehadapan dalam isu ini dan berdiam seribu bahasa.
Di mana Angkatan ini saat Rakyat DUN Penanti yang mana dibawah jajah takluk Parti PKR ditahan bantuan kepada mereka? Mulut angkatan ini ibarat dijahit rapi melihat dana yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat disekat.
Di mana angkatan ini saat Pimpinan Muda PKR berhadapan dengan tuduhan dan dakwaan salahlaku dan penyelewengan? Di mana angkatan ini ketika Pimpinan Utama PKR didapati bersalah dalam Dakwaan Penyelewengan terhadap TSKI ? Di mana angkatan ini yang melaungkan slogan anti rasuah dan kleptokrasi?
Wahai Angkatan Muda Keadilan! Fokus terhadap agenda pemerkasaan Islam adalah lebih utama. Jadilah Hero yang sebenar mempertahankan KeADILan yang tulen Berteraskan Islam bukannya berplastikkan Slogan Memperjuangkan Keadilan, Menentang Kezaliman. Jangan jadi kera duku, bertempit merata tunjuk hebat sedangkan sarang sendiri penuh kerengga liar .
MUHAMAD HAFIZ ILYAS
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan – HARAKAHDAILY 4/7/2017
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan – HARAKAHDAILY 4/7/2017
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.
13 comments:
Angkatan Muda Pondan!
memang betul pun pas sokong bn.
cuba nak spin.
orang pas komen guna bahasa kasar n keji.
se olah2 mereka sahaja ahli surga.
ingat Islam bukan pas.
pas bukan Islam.
Tali hayat engko org memang sedondon serupa iaitu petir dan RIBUT!
Silobai dah pon kener hempap tepat kaw-kaw dek petir ribut kat kota sarang semut!
Umngok pon dah dua kali petir RIBUT baham, satu kat port dickson ser lg kat pekan pahang!
Itulah talian hayat sedondon yg syumul demi hudud-RUU klentong yg suci
Tunggulah engko org kan dpt talian hayat dan kena petir RIBUT lg..
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dgn penuh hikmah dan pelajaran yg baik dan bantahlah (tegur dan perbaikilah) mereka dengan cara yg baik"
"Dan sesungguhnya Tuhanmu lah yg paling mengetahui siapakah yg tersesat dari jalanNya, dan Dialah juga yg lebih mengetahui (menentukan) siapakah yg mendapat petunjuk".[ An-Nahl: 125 ].
cuba tuan ibnu hashim buka minda sikit.
tak perlu taksub buta tuli.
lebih baik tumpukan pada tulisan perjalanan tuan dan sejarahnya.
bukan semua orang Islam tak sokong pas tu buta tuli dan ramai juga ulama tak sokong pas apakah mereka ini ahli neraka sebab tadak no ahli.
kesiaan,ibnu hashim ni org berfikiran waras satu masa dulu ada gelaran Dr.
Klu buleh ler geng2 lebai nih pikior bukak minda cikit..
1) Apasal masa petir ribut baham 2 kali umngok kat PD n pahang tu hanya ada cedera ringan jer sorang @ dua tak perlu masuk sepital pon..
2) Tetapi wktu petir ribut baham terajang hempap lebai tepat kaw2 kat sarang semut tuh ada 19 org tumbang msuk sepital dan ada yg sgt kritikal..
Dari kaca mata petir dan ribut tuh sape kah agaknya yg lebih jahat belit dan lahanat, umngok ke atau lebai tuh?
klu umngok yg baca quran dah tentu takde sape yg caya, tp klu lebai jubah sorban baca quran belit dan temberang abis walaun2 smua ternganga lena..
sbb tu ler petir ribut dtg hentok hempap kepala lebai kaw2 kot2 buleh terbukak minda..
Hoi! lebai2..awok ade kat ner?
Hei hei hei khadam berbunyi
Nasib baik Lebai. Kalau Khadam, mandur khadam dia kena sound dgn peguam abang non. Kah kah kah WTF
Khadam tidak semesti ahlul PANties tapi Ahlul PANties memang khadam abuya banglo terlajak diskaun.
Salam Tuan, buleh ke saya nak mohon blog saya ada dlm bloglist tuan...terima kasih atas kesudian tuan...
www.imanbekam.com
(Blog Si Tukang Bekam)
ok. TA
Puak Pakatan Tiada Harapan sedang nyawa-nyawa ikan sibuk memfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS. Ini jelas menunjukkan puak Pakatan Tiada Harapan percaya bahawa parti Islam PAS berpotensi untuk memenangi banyak kerusi parlimen dan DUN dalam PRU14 menyebabkan Pakatan Tiada Harapan begitu terdesak untuk memfitnah PAS !
Sebenarnya rakyat sudah merasa bosan dan meloya dikencing oleh sifu roket dan khadam-khadamnya dengan pelbagai janji palsu !
Hehehe betul 3.48. Sibijik bunyi khdadam
Post a Comment