Pertembungan Sengit Lepas Salat Jumaat Di Masjid Al-Aqsa Tadi..
PERTEMBUNGAN tercetus kerana kezaliman ke atas umat Islam Palestin. Pihak Israel memasang pengesan logam di pintu masuk Masjid Al-Aqsa dan sekatan kepada jamaah solat mengikut umur.
Warga Palestin ketika solat Jumaat di luar Kompleks Masjid Al-Aqsa, Jerusalem (21/7).
Selain itu, suasana semakin panas selepas Israel hanya membenarkan lelaki berumur beribadah solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa.
Jahannam Israel Laknatullah!!
Jahannam Israel Laknatullah!!
2 Pemuda Palestin terbunuh bertempur dengan askar Israel selepas solat Jumaat
JERUSALEM, 27 Syawal 1438H, Jumaat – Sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin terbunuh, manakala ramai lagi yang cedera selepas ditembak askar rejim Zionis dalam kekacauan yang tercetus selepas solat Jumaat di kawasan sekitar Masjidil Aqsa, hari ini,
Dalam kejadian pertama, seorang remaja Palestin, Mohammad Sharaf, berusia 18 tahun mati ditembak di Ras al-Amud di timur Jerusalem, kata Kementerian Kesihatan Palestin.
Seorang lagi warga Palestin juga disahkan terbunuh selepas ditembak oleh askar rejim menggunakan peluru hidup ketika tunjuk perasaan berlaku selepas solat Jumaat.
Polis rejim Zionis turut melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan peluru getah terhadap penunjuk perasaan yang membantah pemasangan alat pengesan logam di pintu masuk Masjidil Aqsa, selain melarang warga Palestin berusia di bawah 50 tahun memasuki tanah suci itu.
Tunjuk perasaan berterusan selama seminggu selepas kejadian dimana tiga pemuda Palestin yang ditembak mati, menyerang dan membunuh dua pegawai polis rejim Israel di luar Masjid Al-Aqsa, Jumaat lalu.
Klip video mengenai pertempuran itu juga menunjukkan polis rejim Zionis memukul mereka yang bersolat Jumaat di sekitar Masjid Al-Aqsa.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 140 warga Palestin lagi cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel di timur Jerusalem dan Tebing Barat. – Agensi
Bersempena musibah yang melanda Masjid Al-Aqsa ini, katanya, Aman Palestin Berhad turut melancarkan Kempen Jom Menyumbang RM50 untuk tujuan menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa.
Jom Menyumbang RM50 ini menyasarkan penyertaan sumbangan oleh 1.8 juta rakyat Malaysia, dan akan disalurkan untuk menampung kos sara hidup kepada kumpulan-kumpulan Murabbitin (rakyat Palestin yang mempertahankan Masjid Al-Aqsa), membayar gaji kepada penjaga-penjaga Masjid Al-Aqsa serta menampung pembayaran cukai pintu yang sangat tinggi yang dikenakan oleh pihak Zionis ke atas warga Palestin yang tinggal di sekitar Baitul Maqdis.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.
No comments:
Post a Comment