Sunday, July 16, 2017

P/Khas ADUN Ramas Dada, Kemaluan.. Tarbiah DAP.

GEORGE TOWN – Padah meramas dada dan kemaluan wanita muda, seorang pembantu khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Paya Terubong berjaya direman dua hari bagi membantu siasatan kes cabul.

Menurut laporan media tempatan, mangsa yang merupakan seorang pelayan di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini turut ditawarkan sejumlah wang setelah habis memuaskan nafsunya di kawasan parkir kereta di Lebuh Pantai.
Pembantu Khas ADUN DAP Ramas Dada, Kemaluan
Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun itu dibawa ke sebuah mahkamah pada pukul 10.45 pagi Jumaat. Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Tertinggi Mahkamah Majistret George Town, Ahmad Tajuddin.
Semalam, suspek itu berjaya ditahan selepas hadir bersama-sama tiga peguamnya untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes serangan seksual tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Jalan Patani di sini.
Dalam kejadian pada Khamis lalu, suspek dipercayai dalam keadaan mabuk akibat arak telah membawa mangsa yang merupakan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta dan berusia 21 tahun ke kawasan letak kereta.
Ini lagi tarbiah DAP?


ANAND dibawa ke Mahkamah Sesyen Pulau Pinang untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes cabul seorang pelajar kolej bulan lalu.


Suspek kemudian dilaporkan memeluk erat tubuh si mangsa termasuk memegang bahagian dada dan kemaluan wanita berkenaan sebelum berjaya mencium serta memaksa gadis tersebut untuk melakukan pula seks oral.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar turut mengesahkan berita penahanan reman lelaki terbabit dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan.
Ia bakal memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabitkan kesalahan di mahkamah. – Agensi
Daler Kesal Terpegang Dada Nelydia Ini lain tak sengaja kononnya. Berita hari ini.. Belumpun selesai lagi isu ‘terpegang’ dada Nelydia Senrose ketika berlakon bersama dalam drama Encik Suami Mat Saleh Celup, pelakon Daler Yusof hari ini memohon maaf secara terbuka kepada aktres itu. 
Insiden tidak disengajakan itu dapat disaksikan netizen menerusi video dimuat naik oleh Daler, pelakon berdarah kacukan Melayu-Uzbekistan ke laman sosial Instagranya sehingga viral dan hangat diperdebatkan peminat.

Tambahan: Ini lagi Tarbiah DAP..
AIDCNews – 08/03/17 –Adakah benar punca aktivis DAP, Dyana Sofya Mohd Daud merokok berpunca daripada tekanan perasaan kerana kecurangan YB Zairil Khir Johari, soal Hafizi Harris.
“Adakah benar Dyana Sofya? Stress dan merokok disebabkan oleh kecurangan Yb Zairil Khir Johari?,” soal Hafizi Harris dalam Facebook.
“Hanya Zairil sahaja boleh memberi jawapan sebenar,” katanya lagi.
Semalam, laman berbahasa Cina, enanyang.my mendedahkan tiga foto mirip Zairil yang dilaporkan sedang menari dan berpeluk dengan seorang gadis yang tidak dikenali identitinya. Namun, Zairil menafikan identiti lelaki itu adalah dirinya.
“Good evening YB Zairil Khir Johari. Tak ngaku clubbing ek?. Democratic Action Party members nie kantoi je, kata orang lain. Agaknya saka Zairil kot peluk gigirl tu.
“Patutlah Dyana Sofya stress sangat, YB orangnya jenis pakai buang,” sindir Hafizi Harris.
Bersetuju dengan pendapat Hafizi, seorang rakannya, Adam melampirkan rakaman lelaki mirip Zairil seperti di bawah.
“Kata Zairil Khir Johari lelaki dalam video ni bukan dia… Tak percaya? Tengoklah sendiri. Kan Hafizi Harris?,”katanya.

9 comments:

mahligaiseni said...

Assalamualaikum wbt. Tuan, tajuk posting tuan itu tidak memerlukan perkataan TARBIAH. Tak bagus tuan buat begitu. Nak marah, marahlah, tapi jangan sampai "memfitnah". Saya tidak fikir DAP berbuat demikian. Boleh, tuan? Wassalam.

Anonymous said...

Prinsip Ibnu Hasyim - matlamat menanamkan kebencian, mensuci/menghalalkan cara...???
Inikah tatacara Islam...?

mahligaiseni said...

Assalamualaikum. Sebagai orang yang berakal dan beriman kepada Allah SWT, kita tidak seharusnya menulis seperti orang yang TIDAK TAHU MEMBEZAKAN DOSA DENGAN PAHALA. Dalam Islam, kita sangat dituntut merapatkan persaudaraan, mentarbiah orang yang lalai agar mendekati suruhan agama, dan pada masa yang sama, mengelakkan kebencian. Sejak sekian lama saya perhatikan blog ini dan saya dapati banyak penulisannya mengecewakan. Daripada seorang yang sangat memberi sokongan kepada PAS tidak kira sokongan moral atau sokongan yang lebih daripada itu, saya menjadi semakin jauh dari PAS. Antara puncanya, sikap "MULUT CABUL/PENULISAN CABUL" aktivis/penyokong PAS. Saya percaya, bukan saya sahaja yang mengalami kekecewaan seperti ini. Nasihat saya yang TIDAK ALIM ini kepada penyokong/aktivis PAS yang bermulut cabul/menulis dengan tidak beretika, semaklah/perhatikanlah semula tindak-tanduk anda. Saya percaya di sudut nurani Tuan Ibnu Hasyim masih ada sedikit nilai rasional. Maka itu, timbangkanlah nasihat saya ini. Mohon maaf, tuan.

Ibnu Hasyim said...

T.kasih. Anda baca dan membuat penilaian. Saya terima dan Al-hamdulillah! Mungkin kita berbeza teknik dan cara dalam pendekatan dakwah. Beza pendapat saya alu-alukan, melambang sebagai sebuah pohon yang rendang. Namun kita tetap berteduh di bawahnya.

Yang saya buang ialah kata-kata 'carut' dalam berdakwah. Tiap pandangan eloklah ada fakta. Baru hebat!!

As-salamu 'alaikum...

Anonymous said...

Syabas Ibnu Hasyim, teruskan perjuangan anda!

ramli ali said...

aku pon sokong pak hasim..

mahligaiseni said...

Syabas, Tuan Ibnu Hasyim. Dalam saya menegur, saya dapati ada kebaikan tuan, antaranya tuan ada sikap lapang dada. Yang ini saya hormati tuan. Semoga kita diberi rahmat oleh Allah SWT. Kepada penyokong Tuan Ibnu Hasyim yang berkomentar dengan baik, syabas! Kita mungkin berbeza ideologi kini, namun kita tetap rakyat Melaysia yang seharusnya saling menghormati.

Ibnu Hasyim said...

Sama-sama. Al-hamdulillah!

Anonymous said...

Mengata dulang Zaril tu kes yang benar terjadi seorang lobai tonton video lucah pay perview tak mahu bayar kat German dulu, sekarang ini berbalik kepada dia, benar atau fitnah itu tak jadi hal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails