GAMBAR fail orang ramai berjalan di sebuah Pasar Raya Qatar di Doha pada Rabu lalu.
KAHERAH – Arab Saudi dan sekutu membidas tindakan Qatar menolak tuntutan 13 perkara bagi menyelesaikan krisis diplomatik negara Teluk.
Malah, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain dalam satu kenyataan bersama berkata, penolakan Doha itu membuktikan negara tersebut mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.
Qatar kelmarin menolak dakwaan yang dianggap ‘tidak berasas’ menuduh membiayai keganasan ketika memberi maklum balas awam pertama terhadap satu kenyataan daripada empat negara Arab yang mengetuai sekatan terhadap negara kecil tersebut.
Dalam kenyataan bersama, keempat-empat negara itu berkata, senarai awal 13 tuntutan terhadap Qatar itu kini telah tamat tempoh dan mereka akan mengambil langkah politik, ekonomi serta undang-undang terhadap Doha.
Dalam maklum balas pertama terhadap kenyataan berkenaan, Qatar menolak tuduhan tersebut sebagai tidak berasas kerana didakwa merupakan salah satu bentuk campur tangan dalam hal ehwal negara lain.
“Kedudukan Qatar mengenai keganasan adalah konsisten dan semua tahu bahawa kami menolak dan mengutuk semua bentuk keganasan walau apa pun punca dan motifnya.
“Qatar bersedia untuk bekerjasama dan mengkaji semula semua tuduhan yang tidak bercanggah dengan kedaulatan Qatar,” kata agensi berita negera itu, memetik seorang sumber kanan Kementerian Luar.
Sementara itu, Menteri Luar Britain, Boris Johnson tiba di Arab Saudi untuk bertemu dengan Putera Mahkota, Mohammed Salman dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan dalam satu usaha mengurangkan ketegangan paling teruk itu.
Johnson juga akan mengunjungi Qatar dan Kuwait untuk rundingan dengan tokoh-tokoh kanan dari kedua-dua negara, kata pejabat Kementerian Luar Britain dalam satu kenyataan di London. Bagaimanapun tidak dinyatakan tarikh pertemuan itu.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson juga akan mengunjungi Kuwait esok untuk tujuan sama.
Keempat-empat negara Arab itu memutuskan hubungan diplomatik dan pengangkutan dengan Qatar yang didakwa terlalu rapat dengan Iran, musuh serantau Arab Saudi. Doha bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Antara 13 tuntutan itu termasuk menutup stesen televisyen Al-Jazeera dan pangkalan tentera Turki di Doha. – Reuters
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya
No comments:
Post a Comment