Thursday, July 13, 2017

Sebat Boleh Dilakukan Di Stadium, Atau Masjid..


Hasil carian imej untuk sebat dipenjara malaysia
Di atas sebatan cara biasa berlaku di Malaysia..
 Seorang peniaga wanita di Aceh, Indonesia dijatuhi hukuman sebat di depan khalayak ramai kerana didapati bersalah menjual minuman keras. Kelantan juga akan melaksanakan undang-undang seumpama itu tidak lama lagi.
KOTA BHARU – Hukuman sebat ke atas pesalah jenayah syariah di Kelantan akan dilaksanakan mengikut kaedah dan pendekatan sepertimana yang dilakukan di penjara di negara ini.
Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad berkata, apa yang berbeza, pindaan tersebut hanya melibatkan lokasi pelaksanaan hukuman.
Menurut beliau, sebelum ini, hukuman sebat hanya dilaksa­nakan di penjara dan bukannya di khalayak ramai seperti yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017).
 Tidak zalim, ini sebat mendidik dilakukan di khalayak ramai di Aceh..
“Apa yang berbeza ialah mahkamah akan menentukan mana-mana lokasi sesuai di khalayak ramai dan selamat seperti stadium atau masjid untuk me­laksanakan hukuman sebat terhadap pesalahnya.
“Kita masih mengekalkan kaedah sama termasuk cara sebatan, jenis rotan dan ukuran rotan.
“Pelaksanaan hukuman itu juga mesti diluluskan oleh pegawai daripada Jabatan Kesihatan dan hukuman sebatan tersebut turut dihadiri oleh doktor,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. Lapor Kosmo!
Inilah sebat mendidik, dilakukan di khalayak ramai. 


(IH)

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.



Imej yang berkaitan

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

1 comment:

Anonymous said...

Allah dan RasulNya telah membuat peraturan dan undang-undang yang sesuai dengan manusia. Mengapa terdapat sebilangan manusia bangang bertingkat masih menentang peraturan dan undang-undang tersebut? Adakah mereka berpendapat mereka lebih bijak dari Allah? Bahkan mereka lebih bodoh dari haiwan ternakan !

Kebodohan bertingkat manusia sesat yang menentang Allah dan RasulNya melampaui kebodohan lembu ternakan !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails