Tuesday, July 11, 2017

Sebentar Lagi PP Raikan Tayangan Filem Gay. Tapi...


HALAMAN HIBURAN
PULAU PINANG: Performing Arts Centre of Penang, atau lebih dikenali sebagai Penangpac bakal mengadakan tayangan percuma sebuah filem gay dari Vietnam.
Bertempat di Penangpac, acara dijadualkan bermula pada jam 8 malam pada 11 Julai 2017.
Filem gay yang berjudul ‘Lost in Paradise’ ini memuatkan sebuah jalan cerita mengenai percintaan tiga segi di antara tiga lelaki dan berlatarbelakangkan sindiket pelacuran kaum lelaki di Ho Chi Minh.
Filem yang diberi jolokan nama ‘filem gay pertama Vietnam’ oleh Agence France-Presse (AFP) ini pernah menjadi tayangan pembuka di Festival Filem Lesbian dan Gay di Hong Kong pada tahun 2011.
Sebuah portal berita online bagi komuniti gay antarabangsa pernah mendedahkan bahawa filem ini banyak memuatkan babak-babak lelaki kacak bertubuh sasa yang mendedahkan tubuh dalam posisi-posisi yang menghairahkan untuk membangkitkan nafsu ghairah para penonton daripada kalangan gay.
Sebelum ini juga terdapat pelbagai usaha untuk memartabatkan kedudukan golongan LGBT di Pulau Pinang seperti penganjuran program Pink Dot Penang 2014 dan kemunculan Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang pada bulan Mei tahun lepas di mana ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu bertindak sebagai pengerusi sementaranya – menara.my

Tetapi ini berita terbaru!

BANGI, 17 Syawal 1438H, Selasa – Tindakan penganjur Penangpac menayangkan filem gay dari Vietnam pada malam ini secara percuma di Pulau Pinang memperlihatkan penguatkuasa seolah gagal melaksanakan peranan memelihara kepentingan rakyat.


Yang Dipertua Isma Seberang Perai Utara, Ustaz Abdul Rahim Sudin berkata, beliau kesal dan kecewa genre yang menyalahi tabiat manusia itu sendiri dengan mudah ditayangkan untuk tontonan umum.
“Meskipun kerajaan Pulau Pinang DAP membenarkan tayangan itu , namun hakikatnya jelas dalam Al-Quran tabiat homoseksual itu tidak dibenarkan dalam Islam.
“Sepatutnya ada pihak yang memantau, tidak kisahlah kementerian mana sekalipun, mereka harus memastikan sebarang paparan gayahidup LGBT tidak dibenarkan sama sekali dari kaca TV, media elektronik di layar perak atau oleh pihak tertentu.
“Bahkan kerajaan juga harus bertindak tegas kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan homoseksualiti dan berobjektifkan mempromosi gayahidup LGBT. Keterlibatan mereka adalah ancaman kepada masyarakat,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.
Tayangan filem gay berjudul ‘Lost in Paradise’ itu dijadualkan bermula pada jam 8 malam pada 11 Julai 2017 itu akan diadakan di Penangpac sendiri.
Filem yang diberi jolokan nama ‘filem gay pertama Vietnam’ oleh Agence France-Presse (AFP) ini dilaporkan menceritakan mengenai percintaan tiga segi di antara tiga lelaki dan berlatarbelakangkan sindiket pelacuran kaum lelaki di Ho Chi Minh.
Menurut sebuah portal berita atas talian bagi komuniti gay antarabangsa, filem ini dilaporkan banyak memuatkan babak-babak lelaki bertubuh sasa yang mendedahkan tubuh dalam posisi-posisi yang menghairahkan untuk sengajamembangkitkan nafsu ghairah para penonton daripada kalangan gay. (IH)

Hasil Pencarian

Evanescence - Lost in Paradise (Lyric Video) - YouTube

https://www.youtube.com/watch?v=3rnxlW5TrBs

1 comment:

Anonymous said...

Memandangkan DAP adalah bekas rakan kongsi dan rakan serumah PAS maka penyokong2 PAS adalah dialu2kan untuk datang untuk melihat filem ini dan seterusnya mentarbiah bekas rakan konsi mereka.Jangan lupa teriakan takbir selepas menonton nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails