SINGAPURA – Aktivis-aktivis hak asasi manusia menggesa Singapura menghentikan pelaksanaan hukuman mati terhadap seorang pengedar dadah warga Malaysia kerana mendakwa berlaku kesilapan semasa perbicaraan di samping menunggu keputusan rayuan di tanah airnya.
Prabagaran Srivijayan dijatuhi hukuman mati pada tahun 2012 kerana mengedar heroin seberat 22.24 gram, namun dia secara konsisten menafikan bersalah.
Dia dijangka menjalani hukuman gantung esok, demikian menurut pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International (AI) dan aktivis lain yang memetik kenyataan ahli keluarganya.
“Pihak berkuasa Singapura perlu segera menghentikan perlaksanaan hukuman mati tersebut sebelum seorang individu lagi menderita akibat hukuman ini,” kata Pengarah AI untuk Asia Tenggara dan rantau Pasifik, James Gomez dalam satu kenyataan kelmarin.
AI berkata, peguam banduan itu bimbang tentang keadilan perbicaraan itu termasuk kegagalan pihak berkuasa mengikuti petunjuk dan memanggil saksi-saksi utama yang dapat menyokong hujah anak guamnya.
Peguam Prabagaran juga memfailkan kes di Malaysia yang mana Mahkamah Rayuan sedang mempertimbangkan permohonan untuk merujuk Singapura ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung kebimbangan dalam perbicaraan itu, demikian menurut AI.
Malaysia dan Singapura melaksanakan hukuman gantung terhadap pembunuh dan pengedar dadah. – AFP
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.
1 comment:
Adakah darah pengedar dadah halal?
Post a Comment