CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
PETANG semalam, kami kawan-kawan sedang berkumpul santai berbincang-bincang politik kedai kopi dihujung sebuah pasar malam di sempadan Selangor/W/Persekutuan.
Ada seorang anak muda macam golongan bijak pandai lagaknya sedang tekun membaca sebuah berita dan menggeleng-geleng kepala, tak puas hati nampaknya.
"Tukang beca begini sudah tidak ada lagi di Pulau Pinang. Terlalu lurus bendul." Katanya sambil menghempaskan surat khabar itu dengan tenang tetapi geram.
"Pulau Pinang dipimpin oleh pakar-pakar ekonomi yang hebat, bukan pak-pak lebai kampung." Sindirnya.
Saya terus menyambar tulisan itu. Begini kira-kira beritanya.
Kayuh beca sara ahli keluarga.
KOTA BHARU – Walaupun tangan kanannya kudung, namun kecacatan itu tidak menjadi penghalang buat Abdul Rahman Konok untuk mengayuh beca sama seperti manusia normal yang lain.
Abdul Rahman, 76, yang kehilangan tangan kanan ketika masih remaja akibat kanser, tidak menjadikan kekurangan tersebut sebagai penghalang kepada dirinya untuk terus mengayuh beca demi mencari sesuap rezeki untuk keluarganya.
Walaupun menyedari beca tidak lagi popular selepas digantikan dengan pelbagai pengangkutan awam yang lain, namun Abdul Rahman yang tinggal di Kampung Perol di sini, tetap mengayuh basikal sejauh kira-kira 25 kilometer sehala untuk mencari pelanggan di sekitar bandar ini.
“Pak cik mula mengayuh beca ketika usia masih belasan tahun lagi dan inilah sumber rezeki utama bagi menyara anak dan isteri sejak dahulu lagi.
“Dahulu ramai yang menggunakan khidmat beca ini, namun lama-kelamaan ia seakan tidak diperlukan lagi. Sebelum ini pakcik sudah jarang menerima pelanggan dan hanya diminta menghantar bekalan ikan atau sayur-sayuran sahaja di sekitar Kota Bharu," katanya ketika ditemui Bernama di perkarangan Pasar Besar Siti Khadijah, di sini.
Sekian.
Begitu cara fikirnya. Seolah-olah 'kejujuran' atau 'lurus bendul' seperti tukang beca itu sudah tidak perlu lagi di zaman 'Pulau Pinang dipimpin oleh pakar-pakar ekonomi yang hebat, bukan pak-pak lebai kampung.' Demi kemajuan dan kebendaan yang tidak mengambil kira 'halal-haram' dalam Islam menjadi matlamat hidup mereka. Mengenepikan 'ulama Islam' sebagai pimpinan umah dan rakyat.
Sebagai jawapannya sila baca artikel ini, lihat mana lebih baik antara tukang beca ini dengan pemimpin tertinggi Pulau Pinang yang terpalit skandal rasuah? Yang ada ini.. mana lebih baik?

Lihat artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
No comments:
Post a Comment