SIAPA masih ingat dengan finalis Asia’s NextTop Model (ANTM) musim ke-5, Alicia Amin atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin?
Baru-baru ini, Alicia sekali lagi terpalit dengan kontroversi panas apabila kecoh diperkatakan gambarnya hampir tanpa seurat benang tersebar luas dalam sebuah laman web menjual pakaian dalam.
Difahamkan, gambar ‘panas’ tersebut diambil di Melbourne, Australia pada tahun 2016 dalam satu sesi penggambaran tepi pantai bagi menggayakan salah satu koleksi terkenal, Victoria’s Secret.
Menerusi akaun Twitter miliknya, gadis kacukan Melayu-Jerman ini dilihat telah meluahkan rasa bangga dengan hasil kerja dirinya sebagai anak seni dan mengkritik orang Melayu dengan label mereka sebagai berfikir mundur.
Posting yang mendapat sebanyak lebih 200 likes itu menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen di mana rata-rata antara mereka mengecam teruk kenyataan gadis tersebut.
No comments:
Post a Comment