Sunday, August 27, 2017

GRO & Pelacur Masih Bergerak Di K'tan... 'Taktik pindah hotel'


Hasil carian imej untuk pelacur taktik pindah hotel

KOTA BHARU - Berpindah dari satu hotel ke hotel lain, itu taktik dikesan digunakan dalang yang menawarkan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur di sekitar hotel di bandar ini, bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar hasil pemantauan dilakukan Imigresen Kelantan yang mendapati aktiviti persundalan itu dijalankan dia dua lokasi berasingan, termasuk di sebuah hotel di Jalan Tok Guru dan restoran Jalan Kebun Sultan di sini, malam Sabtu lalu. 

Operasi yang dijalankan itu turut diketuai, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kelantan, Tuan Hassan Tuan Abdullah.

Hasil serbuan di sebuah hotel bajet di sini, pihaknya berjaya menahan empat GRO warga asing yang terdiri daripada warga dua  Vietnam,  seorang Laos dan seorang Thailand.

Pengarah Imigresen Kelantan, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, melalui pemeriksaan dilakukan, kesemua mereka didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan turut mengemukakan saman saksi terhadap pemilik hotel berkenaan.

Sementara itu, di lokasi berasingan di sebuah restoran, enam wanita warga asing turut ditahan kerana menawarkan khidmat GRO. Kesemua warga Thailand itu ditahan ketika sedang asyik melayan pelanggan dalam restoran berkenaan.

Wan Saupee berkata, kesemua pendatang asing tanpa izin (Pati) terbabit ditahan dan dihantar ke depot Tahanan Tanah Merah sebelum dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa melakukan operasi bermula dengan Ops Ikrar (Mahir dan Gegar) dalam usaha mengekang jenayah kemasukan Pati dan mengesan dalang terlibat.

“Kita amat memerlukan kerjasama semua pihak dalam usaha memastikan dalang yang membawa masuk Pati gerun dan tidak terus berleluasa dan terus mengaut keuntungan berlipat kali ganda melalui perkhidmatan yang menyalahi undang-undang negara,” katanya. (SH)

Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan
Adakah pelancong luar negara suka datang Malaysia kerana mudah mendapatkan perkhidmatan seks daripada pelacur yang berbilang bangsa? Adakah kita mahu Malaysia menjadi hub atau pusat pelacuran utama dunia yang dapat menarik pelancong.

2 comments:

Anonymous said...

Ooo... rupa2nya banyak juga masalah sosial di kelantan ni

Anonymous said...

Di mana2 pun ada sehinggakan di tanah haram makkah pun ada. Isunya bukan ada atau tiada,,isunya redo atau tidak? Banteras dgn bersungguh2 atau bagai melepas batuk di tangga,,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails