Monday, August 21, 2017

Misteri Bangsa Indo Ini Berasal Dari Taiwan.. -Ibnu Hasyim.


Tradisi hombo batu (lompat batu) Suku Nias.
Tradisi hombo batu (lompat batu) Suku Nias.

CATATAN PERJALANAN IBNU HASYIM

INI berita yang ketemui di Gunungsitoli, sebagai sambungan dari tulisan perjalanan yang lalu..

Sebuah penyelidikan dari Gunungsitoli terkini mendedahkan bahawa penduduk asli orang Nias berasal dari negara Taiwan. Ini berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh seorang ahli genetik, Manis van Houven.

Houven mengambil sampel DNA daripada sekira 900 warga Nias. Hasil pemeriksaan menunjukkan ada kedekatan ke titik tepat bahawa orang Nias sangat dominan mirip dengan genetik orang Taiwan. Sebelum kajian ini dilakukan, muncul spekulasi bahawa asal usul orang Nias berasal dari Eropah atau kepulauan berdekatan dengan pesisir pantai barat Sumatera, seperti Kepulauan Nicobar atau Madagaskar.

Hasil kajian Houven ini sekurang-kurangnya menjawab pelbagai spekulasi tentang asal usul orang Nias. Penyelidikan Houven disosialisasikan melalui seminar antarabangsa di Gunungsitoli yang dihadiri kalangan pegawai, seperti wali kota dan bupati. Ada pula para ahli akademik terkemuka berasal dari Kepulauan Nias. Kajian ini diterajui Yayasan Pusaka Nias.

Ciri khas orang Nias, terutama dari kawasan Nias Utara, Nias Tengah, dan Kota Gunungsitoli, secara dominan dapat dikenalpasti dengan mudah, yakni berambut hitam, berbentuk bujur, berkulit putih, dan berpostur tubuh sedang.
Hal ini berbeza sedikit dengan ciri khas orang Nias yang berasal dari Nias Selatan, terutama asal Teluk Dalam yang mempunyai wajah lojong dengan rahang keras dan berpostur tubuh tinggi. 

Meskipun demikian, mereka juga berkulit putih seperti orang China namun matanya tidak sipit. Yohanes Hammerle, pengasas Yayasan Pusaka Nias, berkata, orang-orang Nias awalnya berasal dari Gomo, yakni salah satu kecamatan di Kabupaten Nias Selatan, tepatnya di Sifalago-Gomo.

Hal in selaras dengan hasil kajian Houven, seorang penyelidik pakar DNA, yang menyebut bahawa salah satu suku bangsa yang besar, yakni Austronesian telah melakukan pengembangan sejak 5,000 tahun lalu. Sebahagian besar suku bangsa tersebut merupakan orang Taiwan atau dahulu bernama Yunan.

Houven menjelaskan, mereka bermatapencarian sebagai petani. Seterusnya, populasi mereka tersebar luas di seluruh Asia Tenggara, termasuk Sumatera.
Hasil kajian DNA diketahui bahawa secara dominan orang Nias mempunyai jenis golongan darah 'O' dan diketahui mempunyai watak yang berbeza antara orang Teluk Dalam, Kabupaten Nias Selatan, dan daerah atau kawasan lain di Kepulauan Nias. Seterusnya, dia mengategorikannya sebagai O-M110 dan O-M119.



Hasil carian imej untuk ‪bangsa nias berasal dari Taiwan‬‏
Tradisi hombo batu (lompat batu) Suku Nias.
Hasil carian imej untuk ‪kisah jerman di pulau Nias‬‏

BARRY KUSUMA Dalam bahasa Nias, Bawomataluo berarti bukit matahari. Dinamakan demikian kerana desa ini terletak di ketinggian 400 meter di atas bukit.
Suku Minahasa Daerah Minahasa di Sulawesi Utara diperkirakan pertama kali telah dihuni oleh manusia sejak ribuan tahun sebelum Masehi. Para peneliti memperkirakan suku bangsa Minahasa berasal dari Formosa Taiwan, keturunan suku bangsa Austronesia dari Formosa Taiwan, yang melakukan perjalanan panjang melalui Filipina dan terus ke Sulawesi. Banyak terdapat kemiripan bahasa dari bahasa Minahasa dengan bahasa-bahasa di Formosa Taiwan.


Hal ini, lanjut Houven, mempunyai korelasi terhadap jenis bahasa yang dipakai. Bahasa yang digunakan di Teluk Dalam sangat berbeza dengan bahasa yang dipakai warga di daerah Nias lain. Dijelaskan pula, pengelompokan jenis watak genetik tersebut, yakni Y-chromosome haplogroups, didapati bahawa genetik dengan tanda berwarna kuning di dalam lingkaran merupakan jenis watak yang dominan di Pulau Nias. 

Ini berbeza dengan daerah di Teluk Dalam yang ditanda dengan warna merah. Jenis watak warna kuning tersebut juga tersebar di berbagai daerah di Asia Tenggara, terutama Taiwan dan Filipina. Namun, diketahui bahawa Taiwan lebih dominan setelah dilihat dari pelbagai pendekatan lain.

Daerah Sifalago-Gomo di Nias Tengah, yang diketahui tempat awal orang Nias mula ada, dalam kajian ini juga diketahui bahawa sangat didominasi tanda genetik berwarna kuning. Dari sini diketahui bahawa orang Nias umumnya mempunyai persamaan dengan genetik orang Taiwan.

Houven menjelaskan, kajian ini sudah bermula beberapa tahun lalu sejak dia bertemu dengan Yahya. Dengan demikian diketahui bahawa orang-orang Nias berasal dari dua sumber 

  1. yang ditandai dengan jenis O-M110 (orang Teluk Dalam, Nias Selatan) 
  2. dan O-M119 (orang Nias pada umumnya).

Tokoh Nias, Budiaman Gea, mengakui bahawa selama ini persoalan asal usul orang Nias merupakan isu hangat dan kontroversi. Pada masa ini, kesemua peserta ataupun orang Nias yang hadir di seminar tersebut baru menyedari asal usul mereka.

Sementara itu, kajian arkeologi, berupa benda-benda purbakala yang ditemui di Gua Togi Ndrawa, Gunungsitoli, mengungkap gua tersebut telah dihuni oleh manusia sejak 12 ribu tahun lalu. Ini terlihat dari benda-benda purbakala yang dijumpai dan sudah diterbitkan oleh penyelidik-penyelidik arkeologi.

Lantas di manakah orang-orang penghuni Gua Togi Ndrawa? Mengapa mereka menghilang? Adakah mereka punah akibat gempa atau lain? Ini masih menjadi misteri. Usut punya usut, seperti hasil kajian Houven bahawa sehingga 7,000 tahun setelah adanya fakta orang gua, muncul orang Austronesian. Mereka sampai saat ini dikenali sebagai penduduk asal Nias. 

Apakah misteri juga, membongkar kisah-kisah begini di saat negara sedang dilanda pembangunan rohani dan jasmani atau perkembangan pesat ke arah agama?
Hasil carian imej untuk ‪kisah jerman di pulau Nias‬‏
Imej yang berkaitan
Enam tentara NAZI Jerman yang terdampar di Indonesia. FOTO/Istimewa
Hasil carian imej untuk ‪kisah jerman di pulau Nias‬‏

Akhirnya..

Akhirnya, dipersembahkan sikit kisah sejarah Pulau Nias, saksi bisu Kudeta Nazi Jerman 1942..

Pulau Nias merupakan Ibu bandar Gunung Sitoli serta Daerah Provinsi Sumatera Utara yang terletak di sebelah Barat Pulau Sumatera, Kawasan Samudera Indonesia dengan luas 5.625 km2. Pulau ini mempunyai cerita unik mengenai rampasan kuasa Nazi.

10 Mei 1940, Tentera Payung Nazi Jerman memborbardir Negeri Belanda. Ratu Wilhelmina beserta Kabinet Belada melarikan diri ke London. Begitu juga dengan orang Jerman yang bekerja di Hindia Belanda berjaya ditangkap dan diinternir di Kem Konsentrasi Ngawi, Jawa Timur.

8 Disember 1941, Tentera Laut Dai Nippon menyerang Pearl Harbour di Hawaii dan berjaya menenggelamkan kapal Amerika. Perang Pasifik pun pecah dan Amerika terus menggabungkan diri dengan ABCD (American, British, Cina, Belanda). Dengan kekuatan jaring sotong, Tentera Dai Nippon pun menyerang ke bahagian Utara Kalimantan dan Sulawesi.

Hebatnya penyerangan Tentera Laut Dai Nippon, tak ayalnya membuat Belanda bergegas mengangkut interniran Jerman ke India dan Inggeris. 

Pada 19 Januari 1942 dari Pelabuhan Sibolga dengan Kapal penumpang Van Imhoff, Belanda berjaya mengangkut 477 orang Jerman ke India. 

Malangnya, tak lama kapal pengintai Van Imhoff yakni pesawat pengintai Tentera Laut Jepun (Kaigun) mengesan kewujudan Kapal Van Imhoff dan menjatuhkan bom di atas kapal tersebut.

110 orang Belanda beserta awak kapal dan penjaga interniran Jerman pun menyelamatkan diri dengan sekoci penyelamat. Sebelum keluar dari kapal, Kapten kapal Belanda meninggalkan kunci bilik tahanan kepada komander Jerman yang ternyata palsu. Internir Jerman pun panik. Mereka cuba menyelamatkan diri dengan melemparkan benda - benda yang dapat mengapung di lautan dan lompat dari kapal meski gelombang laut kian tinggi dan berujung maut jua. Demikian adanya, lantaran Belanda tidak meninggalkan sekoci penyelamat bagi internir Jerman.

22 Januari 1942, kapal penyelamat besar mendarat di Pulau Nias dengan membawa 36 internir Jerman yang masih hidup. Mereka dikejarkan ke Kampung Hilisimaetano dan tiba pada 24 Januari 1942. Seusai di rawat penduduk, para internir Jerman dibawa ke Gunung Sitoli yang mana di sana terdapat Asisten Residen Belanda dan dua orang zendingszusters Jerman.

Kemudian, pada 23 Januari 1942 sekoci kecil dari Kapal Van Imhoff sisa - sisa dari penyelamatan kala itu ditemui terdampar di Nias dengan 14 rombongan internir Jerman yang berjalan kaki menuju Gunung Sitoli. Sesampainya, para internir akan dikurung di tangsi polis (Kazerne) yang dijaga tentara Belanda.

Barulah pada 29 Mac 1942 intenir Jerman yang berada di berek berjaya melarikan diri dengan bantuan pegawai Belanda yang tak puas mengingat jatuhnya Hindia Belanda ditangan Jepun pada 9 Mac 1942. Tembak menembak tak dapat dielakkan. Seusai berjaya dibebaskan, internir Jerman pun berbalik arah mengintenir orang Belanda. 

Keesokan harinya, 2 kapal kecil Belanda yang datang mengambil beras untuk Jepun berlabuh di Nias berjaya jua diinternir Jerman. Seorang Jerman bernama Fischer diangkat menjadi penguasa Nazi di Pulau Nias oleh perdana menteri. Mereka membuat lencana (insinye) Swastika Nazi. Mereka pun memutuskan untuk mengadakan hubungan dengan Bersekutu satu aci mereka yakni Jepun yang berada di Tapanuli.

Belanda dan Inggeris ditangkap oleh Jepun dengan bantuan Jerman pada 6 April 1942. Kumpulan tahanan pun diangkut ke Sibolga pada minggu berikutnya yang mengikutsertakan 22 warga negara Jerman, kecuali sang komander yang telah dipindahkan ke Jepun

Tentera Jepun mendarat di Pulau Nias dan disambut hangat dengan bendera, gerbang kehormatan, dan nyanyian Indonesia Raya pada 17 April 1942. Waktu itu terdapat 37 orang Jerman yang mengambil bahagian dalam sambutan Jepun di samping agenda penghormatan kepada sang penguasa, Hitler. Tiga hari kemudian, 2 orang Jerman bersama orang Jepun pun merayakan hari ulang tahun Adolf Hitler.

Melalui laut dalam pada 22 April 1942 Jepun berjaya menduduki Telok Dalam dan Pulau Hilisimaetano. Sisa-sisa orang Belanda di Pulau Hilisimaetano dihapuskan habis. Semenjak itu jua, Pulau Nias telah jatuh ke tangan Jepun selepas pemerintahan internir Jerman. Begitu juga dengan Dr. Heidt ahli dari Parti Nazi Bandung yang merangkup kerajaan Belanda di Pulau Nias tewas bunuh diri pada Ogos 1942 yang tak tahan kerana kesepian dan kelicikan politik Jepun guna memberangus Nazi di Nias dan menguasai Hindia Belanda.
Hasil carian imej untuk ‪kisah jerman di pulau Nias‬‏
Gereja BKPN Bawomataluo, tempat deklarasi pembentukan BKPN pada 17 Mei 1994 | Etis Nehe
Gereja BKPN Bawomataluo, tempat deklarasi pembentukan BKPN pada 17 Mei 1994 di Nias.

Sekian. Bersambung..

Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan.
ibnuhasyim@gmail.com
Kepulauan Sumatera Indonesia. 
Ogos 2017

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails