Tuesday, August 29, 2017

Pelakon Porno Ini Hina Islam, Wajarkah Dia Dihukum Bunuh?


Pelakon Porno Terima Ugutan Bunuh Dari Daesh

SALAH seorang bintang filem lucah, Mia Khalifa, 24, mendakwa dia menerima ugutan bunuh daripada Daesh selepas memuatnaik gambar mempersendakan kumpulan berkenaan.

Mia dilahirkan di Lubnan dan berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 10 tahun.
Dia telah mencetuskan kontroversi dan kemarahan ramai apabila melakonkan watak tidak senonoh dengan memakai hijab.
“Saya tidak boleh tunjukkan kelemahan saya kerana itu yang mereka mahukan,’’katanya.
Meskipun berasal dari keluarga kristian, namun Mia dituduh mengkhianati keturunannya apabila terlibat dalam pembikinan filem lucah.  Lapor MYNEWSHUB.CC.
Kerana 'melakonkan watak tidak senonoh dengan memakai hijab', adakah dia menghina agama Islam? Kalau menghina Islam dengan sengaja dan sedar adakah wajar dia dihukum bunuh?

Lihat komen ini, disedut dari blog  http://www.isadanislam.com
hudud
Penghina Agama, Dibunuh Atau Dikasihi? Sikap Orang Islam dan Kristen

Gara-gara video berjudul “Hudud: Sebuah Isu Semangkok Nasi,” Aisyah Tajuddin menghadapi ancaman hukuman penjara dari pemerintah Kelantan, Malaysia. Di Facebook ada yang mengancamnya, “Mereka yang menghina hukum Allah, darahnya halal untuk dibunuh.” 

Padahal “sindiran” Aisyah belumlah jelas tujuannya. Apakah sindirannya ditujukan kepada hukum Hudud atau pelaksana hukum itu, yakni partai yang berkuasa di sana.

Al-Quran: Penghina Agama Mendapat Hukuman

  • “…barangsiapa menentang Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah baginya, dia kekal di dalamnya … (Qs 9:63). “
  • … Di mana saja mereka dijumpai, mereka ditangkap dan dibunuh dengan sehebat-hebatnya” (Qs 33:60-61). 
  • Abu Muhtadi Lajnah Tsaqofiyah, Hafidz Abdurrahman, KH. Ridwan Anshory, percaya  bahawa Qs 33:60-66 dasar yang tepat untuk membunuh orang yang menghina Allah, ayat-Nya, dan rasul-Nya.
Sikap Muhammad Terhadap Para Penghinanya

Muhammad pernah memaafkan pengejek-pengejeknya. Ia tidak menghukum mereka. Bahkan dia menyantuni pengemis buta yang telah menghinanya.

Namun, tidak sedikit yang dibunuhnya, antara lain:

  1. Al-Nadr bin al-Harith,
  2. Uqbah bin Abu Muayt,
  3. Seorang Yahudi berumur120 tahun.
  4. Asma bint Marwan,
  5. Kab bin al-Ashraf dan sebagainya.

Isa Al-Masih Menderita Berbagai Penghinaan


Isa Al-Masih menderita banyak penghinaan dan perlakuan tidak adil semasa hidup-Nya, antara lain:

  1. Orang-orang Yahudi menolak Isa Al-Masih (Injil, Rasul Besar Matius 13:57). 
  2. Mereka hendak menjatuhkan-Nya ke jurang (Injil, Rasul Lukas 4:29).
  3. Mereka hendak melempari-Nya dengan batu. (Injil, Rasul Besar Yohanes 8:59).
  4. Mereka menuduh-Nya mengusir setan dengan kuasa setan (Injil, Rasul Besar Matius 12:24).
  5. Mereka mengolok-olok Dia (Injil, Rasul Markus 15:31).
  6. Para prajurit Romawi meninju dan meludahi muka-Nya (Injil, Rasul Besar Matius 26:67-68).
  7. Orang-orang Yahudi mendesak Pilatus agar menyalibkan-Nya (Injil, Rasul Besar Yohanes 19:15). 

Tindakan Isa Al-Masih Terhadap Penghinaan Menghasilkan Jalan Keselamatan


Walaupun mendapat penghinaan yang begitu hebat, Isa Al-Masih tidak dendam, sebaliknya mengajarkan untuk mengasihi musuh. 

  • “Tetapi Aku [Isa Al-masih] berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu”(Injil, Rasul Besar Matius 5:44).
Hebatnya lagi, Isa Al-Masih memberikan teladan mengasihi. Saat disalib pun, Ia mendoakan mereka, kata-Nya,
  • “Ya Bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat” (Injil, Rasul Lukas 23:34). 
Isa Al-Masih mengasihi dan mengampuni dosa-dosa manusia yang percaya kepada-Nya. Jika Anda berdoa dan menerima-Nya, maka Anda akan beroleh pengampunan dosa dan hidup kekal dalam Dia.
(IH)

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails