Tuesday, August 29, 2017

Penduduk Kampung Rohingya Ditahan &Ditembak Penggans Tentera Myanmar.


 ANGGOTA Pengawal Sempadan Bangladesh melarang seorang kanak-kanak Rohingya daripada menyeberang ke sempadan Bangladesh kelmarin. - AFP
COX'S BAZAR, Bangladesh – Bangladesh menahan dan memaksa 90 imigran Rohingya pulang ke Myanmar, beberapa jam sebelum tentera Yangon melepaskan bedilan mortar dan mesingan terhadap penduduk kampung yang melarikan diri dari negara berkenaan.
Polis Bangladesh memintas sekumpulan 70 etnik Rohingya pada Sabtu lepas selepas mereka menyeberangi ‘garisan sifar’ di zon sempadan di mana askar-askar Myamar melepaskan tembakan ke arah penduduk kampung Rohingya yang melarikan diri dari negeri Rakhine.
Ketua polis tempatan, Abul Khaer berkata, kumpulan imigran itu ditangkap sekitar empat kilometer dalam wilayah Bangladesh ketika mereka menuju ke sebuah kem pelarian di Kutupalong yang menempatkan beribu-ribu pelarian Rohingya.
“Semua 70 orang itu ditahan dan kemudian dipaksa pulang semula ke Myanmar oleh pengawal-pengawal sempadan,” kata Abul.
Polis berkata, sebahagian mereka yang ditahan itu masuk ke Bangladesh melalui kawasan sempadan Ghumdhum di mana tentera Myanmar melepaskan tembakan ke arah penduduk Rohingya beberapa jam sebelumnya.
“Mereka (penduduk kampung Rohingya) merayu kepada kami supaya tidak menghantar mereka pulang ke Myanmar,” kata seorang anggota polis.
Dalam perkembangan berkaitan, komander Pengawal Sempadan Bangladeh, Ariful Islam berkata, sekumpulan 20 imigran Rohingya ditangkap kelmarin dan dihantar pulang selepas mereka menyeberangi Sungai Naf, sempadan semula jadi antara kedua -dua negara.

Lebih 100 orang meninggal dunia sejak Jumaat lalu selepas berpuluh-puluh anggota Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA) yang bersenjatakan pisau, senjata api dan bahan letupan buatan sendiri, membunuh sekurang-kurangnya 12 anggota keselamatan Myan­mar. – AFP
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.



Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails