Saturday, August 26, 2017

Perogol: Jel 30 Tahun, Sebat 24 Kali. Bukti Perundangan Gagal?


 Empat sekeluarga dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Samarahan semalam selepas mengaku bersalah melakukan sumbang mahram terhadap dua beradik perempuan.
KOTA SAMARAHAN – Empat sekeluarga terdiri daripada datuk, bapa kandung dan dua bapa saudara yang didakwa merogol dua beradik di sebuah kampung di Serian sejak enam tahun lalu dijatuhi hukuman penjara dan sebat oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai petani masing-masing berumur 57, 42, 26, dan 28 tahun mengaku bersalah di hadapan Hakim Marutin Pagan setelah pertuduhan terhadap mereka dibacakan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan. Dua beradik itu yang dijadikan hamba seks oleh empat ahli keluarga sendiri berusia 14 dan 19 tahun.
Datuk mangsa yang berusia 57 tahun dijatuhi hukuman penjara 25 tahun bagi setiap kesalahan dan 24 kali sebatan setelah dia mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap mangsa berusia 19 tahun dari Januari 2013 hingga Julai 2017.
Hasil carian imej untuk SEBAT DIPENJARA
Hasil carian imej untuk SEBAT DIPENJARA

Hasil carian imej untuk SEBAT DIPENJARA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi bukti, hukum dan perundangan yang ada di Malaysia sekarang gagal mendidik manusia. Jika dilihat dari selepas merdeka hingga sekarang tiada nampak kes-kes jenayah 'made in England' itu makin berkurangan, walaupun hukumannya agak keras. 
Sebat secara zalim dalam penjara dan dikurung 30 tahun tidak boleh keluar cari rezeki, tidak dapat melahirkan sebuah pendidikan dan keinsafan yang wajar. Carilah sistem perundangan alternatif yang lain kalau negara umat Islam ini masih berdegil tidak mahu melaksanakan perundangan Islamnya sendiri.
Tidak yakin dengan hukum Allah, Tuhan yang mencipta agama ini? Lihatlah sejarah dan perlaksanaan perundangan Islam masakini seperti Arab Saudi, terakhir Brunei dan lain-lain.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails