ARAU – Kerajaan Negeri Perlis menawarkan kepada semua pasangan Islam yang berpoligami di luar negara seperti Thailand untuk mendaftar perkahwinan mereka dengan mudah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).
Pasangan yang berkahwin di negara jiran hanya perlu mempunyai dokumen pengesahan mereka telah berkahwin bagi mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini. Dengan kelonggaran yang diumumkan, pasangan terbabit tidak lagi perlu menghadiri proses perbicaraan di mahkamah seperti sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam Perlis, Datuk Khairi Hasan berkata, perkara itu bukan hanya tertakluk kepada pasangan dari negeri ini semata-mata tetapi turut melibatkan pasangan dari negeri lain yang bernikah di negara jiran, mereka juga boleh mendaftar semula pernikahan masing-masing di JAIPs.
“Perlis menawarkan mana-mana lelaki yang berpoligami di luar negara tidak lagi perlu ke mahkamah untuk mendaftar pernikahan mereka di negara ini.
“Cukup pasangan suami isteri itu datang ke JAIPs dan hanya perlu membayar yuran proses pendaftaran nikah sebanyak RM2,020,” kata beliau pada majlis Penyerahan Lembu Korban di Kuarters Veterinar Guar Nangka di sini semalam. Lapor Kosmo!
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya jadi ikutan bagi negeri-negeri lain di Malaysia. Berkahwin patut dimudahkan, bukan disusahkan. Berkahwin dan beranaklah sesungguhnya aku gembira dengan umatku yang ramai, kata Nabi.
Apa lagi di zaman 'peperangan ' melalui peti undi. Satu kepala dikira satu undi, walaupun dia itu terlalu cerlalu cerdik..
Apa lagi di zaman 'peperangan ' melalui peti undi. Satu kepala dikira satu undi, walaupun dia itu terlalu cerlalu cerdik..
Selingan:
Gambar Perjalanan Ibnu Hasyim Ke Songkla baru-baru ini..
Ibnu Hasyim di Songkla City, pinggir laut Thailand.
Perjalanan jalanraya dari Hatyai menuju Songkla.
Siapa yang ke sini tahu rahsianya.. Tapi saya ke sini bukan kerana itu. (IH)
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
No comments:
Post a Comment