Sunday, September 03, 2017

2 Langkah Erdogen, Sebagai Wakil Umat Islam Ke Atas Rohingya..

Isu Rohingya

KETIKA dunia Islam menyepi dan cuba mengasingkan diri dari terlibat secara agresif dalam isu Rohingya, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memulakan langkah Amirul Mukminin apabila menjadi pemimpin Islam pertama menawarkan dua langkah penyelesaian.

Pertama: Erdogan secara lantang menyatakan krisis di Rakhine sebagai pembunuhan etnik terhadap minoriti Rohingya dan akan membawa isu tersebut ke persidangan PBB pada hujung September ini.
Turki yang agresif dalam isu memimpin kepentingan umat Islam sejak Erdogan memimpin, mendahului OIC dan negara-negara kaya minyak di Asia Barat yang dilihat langsung tidak menunjukkan minat dalam isu Rohingya walaupun sudah berlarutan selama lima tahun.
Kedua: Selain itu, langkah kedua terbesar Turki ialah meminta Bangladesh membuka pintu sempadannya kepada pelarian Rohingya dengan jaminan seluruh kos pembiayaan akan ditanggung Ankara.
Langkah murni ini dilihat melengkapkan status Erdogan sebagai Amirul Mukminin umat Islam abad ke 21. Selain tawaran terbaharu kepada Bangladesh, Turki kini turut menanggung kira-kira 2.5 juta pelarian Syria yang berada di sempadan negara itu sejak Oktober 2012.
Erdogan dan partinya AKP, dilihat secara senyap sebagai musuh oleh Amerika Syarikat berikutan peranan kondusif Erdogan dan partinya AKP dalam menjadikan Turki sebagai negara Islam yang maju dan dinamik.
Malah pengaruh meluas Turki yang mendahului kerajaan kaya minyak seperti Arab Saudi yang mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat membuatkan Washington terbabit secara senyap tetap sistematik dalam usaha menjatuhkan Erdogan dan AKP.
Erdogan menyatakan sokongan pada umat Islam Rohingya dan mengkritik Kerajaan Myanmar secara terbuka ketika berucap kepada rakyat Turki yang menyambut Aidil Adha.
Krisis terbaharu di Utara Rakhine menyebabkan lebih 500 penduduk awam Islam terbunuh sejak berlaku operasi pembersihan etnik oleh Tentera Myanmar. Selain itu, 40 ribu orang menjadi pelarian terbaharu di sempadan Bangladesh sejak krisis bermula 25 Ogos lalu.
Serangan terbaharu itu disifatkan Kerajaan Myanmar sebagai operasi membersihkan kegiatan pengganas Muslim. Namun, berdasarkan puluhan kes serangan penganut Buddha dan Tentera Myanmar terhadap umat Islam sejak lima tahun lalu, media antarabangsa menyifatkan isu ini sebagai pembersihan etnik. 



Klik di sini..

No comments:

Post a Comment