Saturday, September 16, 2017

7 Remaja Ditahan Bakar Pusat Tahfiz Sebab Dendam Diejek


Kebakaran Pusat Tahfiz

KUALA LUMPUR – Misteri insiden kebakaran tragik di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat di sini Khamis lalu berjaya diselesaikan pihak polis dua hari selepas kejadian itu.

Ia susulan kejayaan penahanan tujuh remaja lelaki Melayu dalam siri tangkapan dari 6 petang Jumaat hingga 2.30 pagi Sabtu kerana disyaki sengaja bakar pusat tahfiz itu yang mengorbankan 21 murid dan dua warden asrama.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh mengesahkan, kes serius itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan bunuh yang jika sabit kesalahan di mahkamah, boleh dihukum gantung sampai mati.
Malah kes berat tersebut juga disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan jenayah khianat bakar harta benda secara sengaja yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda jika sabit kesalahan.
Amar turut memberi amaran kepada orang awam agar tidak menularkan mesej tidak benar kerana boleh memberi kesan kepada siasatan dan proses mahkamah. Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 203 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu MYNEWSHUB difahamkan, suspek paling tua dikenal pasti berusia 19 tahun dan berasal dari Kelantan manakala seorang lagi rakannya juga berumur 17 tahun pula tetapi berasal dari Kuala Lumpur.
Tiga lagi disyaki berusia 16 tahun namun masing-masing seorang lagi suspek berumur 15 tahun dan paling muda ialah 11 tahun. Kesemua mereka disahkan berasal dari sekitar ibu negara, menurut sumber MYNEWSHUB.
Suspek dipercayai melakukan kebakaran akibat balas dendam setelah marah diejek beberapa pelajar tahfiz dan mereka ada merancang untuk memecah masuk asrama pusat itu bagi mencuri telefon bimbit milik penghuninya.
Bagaimanapun pada hari kejadian, mereka mengubah rancangan untuk membakar langsung pusat berkenaan setelah berbincang di sebuah restoran bersebelahan ibu pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Premis itu kebetulan terletak berhampiran pusat tahfiz tersebut. Justeru pada jam 4 pagi, dua suspek berkenaan telah membeli petrol dari sebuah stesen minyak berdekatan yang diisi dalam sebotol air mineral bersaiz besar.
Sekitar pukul 4.30 pagi, mereka berkumpul di padang belakang pusat tahfiz itu namun suspek paling muda yang turut menyaksikan perbuatan tersebut dilaporkan memanjat masuk ke pejabat PPIM untuk tidur kerana keletihan.
Suspek lain bagaimanapun memecah masuk sebuah kiosk bersebelahan pejabat PPIM untuk mencuri dua tong gas setelah mendapati pintu masuk ke bilik asrama berkunci. Barang itu diletakkan menghala ke arah pintu bilik itu.
Seorang suspek pula mengambil tilam dari tingkat bawah dan diletakkan di tingkat tiga bangunan pusat itu sebelum api dinyalakan dengan menggunakan pemetik api. Mereka melarikan diri dengan menaiki motosikal balik ke rumah.
Amar ketika sidang akhbar tergempar di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada Sabtu malam mengesahkan kesemua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah di Jalan Duta untuk perintah reman selama tujuh hari bagi bantu siasatan.
Beliau juga menyatakan bahawa air kencing enam daripada suspek disahkan positif dadah. Ada suspek dikesan pernah memiliki rekod jenayah lampau termasuk curi kenderaan. Antara mereka ada juga tidak lagi bersekolah.
Kes berkenaan ujar Amar masih lagi disiasat polis. Suspek ditangkap hasil maklumat risikan dan bantuan daripada rakaman kamera litar tertutup yang kebetulan terdapat di sekitar pejabat PPIM. – Mynewshub.cc/HAA



3 comments:

Anonymous said...

Pelajar Mati bukan kerana dendam, salah tajuknya, sepatut pelajar Mati kerana ibu-bapa Melayu yang tidak mempunyai akal dalam mendidik anak.

Salah siapa?

Semua salah termasuk Ulamak. Memaksa orang Islma wajib berkahwin demi mengejar KPI zero maksia.

Konon2nya kalau orang Islam berkahwin, Malaysia terselamat dari bala Allah. Malaysia akan bersih dari maksiat dan sentiasa dicucuri rahmat. Ulamak Malaysia akan menjadi tersohor di serata alam. Ambil kau, lari dari bala Allah, anak2 tidak berdosa yang mendapat bala.

Lagi bagus, ulamak sarankan yang berkahwin itu beranak banyak2 dan berkawin sampai banyak2. Maka ramailah umat, bertambah undi untuk parti Islam dan Melayu , bertambah tebal tabung dengan derma dan zakat. Ulamak dan politikus Melayu boleh terus berkuasa sampai kiamat.

Ini pikir ulamak pakai kepala lutut. Propaganda agama demi diri sendiri. Selfish kata orang putih. Benarlah, ulamak dah baca kitab dan faham, ulamak akan terkena getah di akhriat nanti kalau di kariahnya orang dok berzina siang malam.

Sekiranya ulamak sibuk berdakwah seperti Nabi Muhammad SAW dan para sahabat, kalah pulak PRU nanti. Terlepas peluang ulamak nak pakai Mercedes, BMW dan dan berkahwin 4.

Jalan mudah bagi ulamak, sarankan umat berkahwin dan serbu rumah disyaki berzina sekali-sekala. Sekurang2nya, terselamatlah dosa ulamak dari dosa2 subahat umat berzina. Mudahnya ulamak buat duit.


Adakah ulamak dan politikus sedar yang kebanyakan Melayu tidak berakal dan tidak tahu mendidik anak. Kalau mereka yang datang ke masjid pun ramai yang gagal menjadikan anak2 mereka sopan santun dan mengawal kelakuan supaya anak2 terpekik terlolong dan berlari sana-sini tanpa ada rasa hormatkan kepada kemuliaan rumah Allah dan rasa bersalah menganggu orang, jin dan malaikat yang sedang beribadat dalam masjid. Kalau anak2 tiada santun, kalau ibu-bapa tidak mengawal anak2, maka hilang agamanya dan kewarasannya. Anak2 menjadi liar dan tidak takut dengan ibu-bapa.

Cuba ulamak fikirkan, kalau yang datang masjid 5 kali sehari, tak tahu mendidik dan mengawal anak2, apatah lagi mereka yang tidak pernah mencium tikar semayang.

Islamkah orang yang membiarkan anaknya berumur 12 tahun berkeliaran sampai lewat pagi. Tiada kata dan ayat yang dapat menjelaskan betapa rosaknya sistem hidup orang Islam. Sungguh memalukan.

Ramai yang berpendapat tidak semua orang Islam yang begitu, memanglah. Tapi faktanya, mereka yang rumah tangganya tunggang langgang, bercerai-berai, gagal, terlibat rasuah, menipu, mencuri, menagih dadah, bohsia, malas dan membuat segala kebodohan adalah orang yang diwartakan sebagai Islam.

Dari pemahaman aku, Allah dah tunjuk. Yang liar, yang siang malam buat dosa dan termasuk yang rajin meghafal quran pun akan mendapat bala, sekiranya ahli agama hanya sibuk dengan ceramah politik, tazhkirah dan kelas agama di masjid. Yang liar, yang siang malam buat dosa dan jauh dari Allah tidak akan datang ke masjid kecuali nak mencuri. Fikir2kanlah.

Mana ulamak mahu dari umat? Undi ? Derma? KPI ? Pujian2 dari makhluk.

Anonymous said...

Habis anon 12.36 hang pa buat apa? Apa sumbangan hang pa? Goyang telor je sambil membebel? Poyo!

Anonymous said...

Peliknya budak2 skrg ni cara berfikir termasuklah anon 12:36

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails