Friday, September 08, 2017

‘Askar tembak kami tanpa belas kasihan’


REUTERS - PENDUDUK tempatan melihat pelarian Rohingya tiba di pantai selepas menyeberangi sempadan Bangladesh-Myanmar dengan menaiki bot merentasi Teluk Bengal di Teknaf, Bangladesh semalam.


KUTAPALONG, Bangladesh – Penduduk kampung mendakwa askar datang terlebih dahulu dan melepaskan tembakan tanpa belas kasihan sebelum disertai orang awam membakar rumah dan merompak harta benda mereka.
Mereka antara 20 orang Islam dan Hindu yang ditemu bual di Bangladesh dan menceritakan bagaimana mereka dipaksa keluar dari kampung Kha Maung Seik di Negeri Rakhine, 25 Ogos lalu.
“Askar membawa beberapa orang penganut Buddha Rakhine bersama mereka dan membakar kampung kami.
“Kesemua orang Islam di kampung kami kira-kira 10,000 orang telah melarikan diri. Sebahagian mereka ditembak dan selebihnya tiba di sini. Tiada seorang pun yang tinggal,” kata Kadil Hussein, 55.
Kadil tinggal bersama beratus-ratus pelarian yang baharu tiba di penempatan pelarian Kutapalong yang telah menempatkan beribu-ribu penduduk Rohingya.
Hampir 150,000 etnik Ro­hingya tiba di Bangladesh sejak 25 Ogos lalu apabila Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA) melancarkan sera­ngan terhadap askar di Rakhine.
Reuters menemu bual penduduk kampung Kha Maung Seik dan kampung-kampung berdekatan yang menggambarkan pembunuhan dan pembakaran rumah yang berlaku.
Salah seorang pelarian, Body Alom, 28 berkata, dia bersembunyi di dalam hutan bersama beribu-ribu yang lain apabila askar-askar itu tiba. Dia menunggu selama beberapa jam sebelum keluar mencari ahli keluarganya. – AFP


AFP - PELARIAN Rohingya dari negeri Rakhine bergerak menuju ke sempadan Bangladesh untuk mencari perlindungan semalam.
Klik di sini..

No comments:

Post a Comment