KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) menegaskan tindakan anggota penguat kuasanya mengeluarkan notis arahan kepada seorang pemuda kerana memakai seluar pendek di tempat terbuka adalah untuk mendidik umat Islam supaya menutup aurat.
Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JHEAIK, Mohd. Fadzuli Mohd. Zain berkata, individu yang menerima notis arahan daripada pihaknya hanya diminta menghadiri sesi kaunseling.
Bagaimanapun, sekiranya ingkar arahan tersebut dia boleh dikenakan denda sehingga RM1,000.
“Notis tersebut dikeluarkan selaras dengan Seksyen 5 (1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 iaitu perbuatan tidak sopan. Untuk makluman, peraturan ini bukan perkara baharu, sebaliknya ia sudah termaktub sejak 1985, namun kita tidak kuatkuasakan secara tegas sehingga sekarang.
“Sebelum ini pun memang ada individu yang dikenakan tindakan sama tetapi selepas menghadiri sesi kaunseling, mereka faham dan tidak dikenakan denda,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
No comments:
Post a Comment