PUTRAJAYA – Setelah sekian lama tidak bersuara, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz akhirnya mengesahkan bank itu pernah mengalami kerugian besar.
Beliau bagaimanapun mendedahkan bahawa jumlah kerugian yang dialami oleh BNM dalam skandal urus niaga tukaran mata wang asing (forex) sepanjang 1988 hingga 1994 lalu itu ialah hanya sebanyak RM32.074 bilion.
Zeti Akhtar berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan kes urus niaga forex bank pusat tersebut di Istana Kehakiman di sini pagi Rabu.
Menurut beliau, maklumat tersebut turut dipaparkan dalam Jadual 6 laporan bertajuk Pengolahan Akaun Terhadap Kerugian Akibat Pengurusan Rizab Aktif 1988 Hingga 1994yang bertarikh 18 April 2007.
Zeti Akhtar turut mengesahkan bahawa jumlah itu mengambil kira keuntungan sebanyak RM2.473 bilion pada 1990. Beliau yang dipanggil sebagai saksi ke-16, tiba di pekarangan Istana Kehakiman pada pukul 8.30 pagi tadi.
Wanita berkenaan merupakan Gabenor BNM ketujuh dari 1 Mei 2000 hingga 30 April 2016. Turut hadir memberi keterangan pada pagi ini ialah bekas Peguam Negara, Tan Sri Ainum Mohamad Saaid selaku saksi ke-15.
Pada 15 Februari lalu Pasukan Petugas Khas (PPK) ditubuhkan dan dipengerusikan bekas ketua setiausaha kerajaan Tan Sri Sidek Hassan, bertujuan menyiasat kerugian yang dialami bank pusat itu antara 1991 dan 1993.
Turut menganggotai ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad; Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu.
Awal Februari lalu, bekas penolong gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid mendedahkan bank pusat itu mengalami kerugian AS$10 bilion (RM44 bilion) dalam urus niaga perdagangan mata wang pada awal 1990-an.
Bagaimanapun nilai kerugian tersebut masih lagi dipertikaikan pelbagai pihak ekoran ada yang mendakwa jumlah sebenar kemungkinan besar adalah jauh lebih tinggi. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa PM waktu itu? Apa dia tidak rasa bersalah menghabisi wang negara dan rakyat begitu? Kalau itu kesalahannya mengapa ia tidak boleh dihukum?
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa PM waktu itu? Apa dia tidak rasa bersalah menghabisi wang negara dan rakyat begitu? Kalau itu kesalahannya mengapa ia tidak boleh dihukum?
cerita betpuluh tahun lps nak bongkar...dah basi..berkulat. Apa yg rakyat skrg dapat? Kalau setakad nak bongkar utk memburukkan TDM baik tak payah. Rakyat skrg dah tak terkesan lagi. Niiiiii...Kes 1MDB. Banyak duit rakyat hilang begitu saja akibat hutang 1MBD. Duit yg sepatutnya digunakan pada rakyat..hangus begitu saja ditambah lg dgn bebanan kos sara hidup yg tinggi. sepatut nya kes 1MDB diberi keutamaan dan bukannya kes yg sudah berpuluh tahun itu.
ReplyDeleteNampak sangat tidak sensitif terhadap apa yg dihadapi rakyat kini.