Wednesday, September 13, 2017

DAP Tetap Teruskan Pesta Arak Walaupun Dibantah..


BANGI, 21 Zulhijjah 1438H, Selasa – Parti rasis dan cauvinis DAP akan tetap meneruskan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadual berlangsung di ibu negara 6 Oktober depan, meskipun menerima bantahan daripada pelbagai pihak khususnya PAS.

Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi dan semua pihak berhak melakukan sebarang aktiviti selagi tidak menyalahi undang-undang.

Dia yang menyelar bantahan PAS terhadap penganjuran itu meminta supaya bekas sekutunya itu memahami Malaysia sebuah negara majmuk yang tidak diduduki oleh PAS sahaja.

“Ini satu demokrasi jadi semua orang ada kebebasan untuk menentang tetapi orang lain juga ada kebebasan untuk menguruskan yang tidak menyalahi undang-undang.

“Jadi, dia juga kena fahamlah ini masyarakat majmuk. Malaysia ini bukan ada orang PAS sahaja, ramai orang bukan PAS dan majoriti lebih pada orang bukan PAS.

“Dia boleh teruskan protes dan kita boleh teruskan dengan aktiviti,” katanya seperti dilapor portal liberal, hari ini.

PAS sebelum ini dilaporkan sedang mempertimbangkan sama ada akan mengadakan protes terhadap penganjuran kali keenam pada tahun ini oleh syarikat arak, MyBeer (M) Sdn Bhd.

Ia bukanlah kali pertama PAS membantah acara seumpama itu. Pada 2014, parti itu lantang membantah penganjuran pesta ‘Octoberfest’. (ismaweb.net)
BERITA BERKAITAN:



KEMUNGKINAN besar ramai yang tidak mengenali siapa Jacqualine Saburido. Wanita berusia 39 tahun ini adalah mangsa yang masih hidup dan merana sepanjang hayat akibat kemalangan maut, apabila kereta yang dinaiki bersama empat lagi rakannya bertembung dengan kereta Reginald Stepney yang memandu dalam keadaan mabuk. Pada tanggal 19 September 1999, Stepney mengambil keputusan untuk memandu sendirian … Continue readingPenganjur Better Beer Festival perlu tahu siapa Jacqueline Saburido

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails