Puluhan Masjid Bantu Mangsa Taufan Harvey Sedangkan ‘Gereja Terbesar’ Texas Tutup Pintu By Wartawan Menara - August 31, 2017 SHARE Facebook Twitter
HOUSTON: Gereja terbesar dan paling terkemuka di sini, Lakewood Church dikecam hebat oleh orang ramai kerana tindakan pihak pengurusannya untuk menutup gereja daripada memberi bantuan kepada ribuan mangsa banjir Taufan Harvey.
Salah seorang netizen berkata, “Tidak masuk akal kenapa kamu tidak mahu membuka gereja gergasi kamu untuk menempatkan penduduk-penduduk Houston, bantulah saya untuk faham itu..”
Senior Pastor Joel Scott Osteen turut menerima kecaman hebat kerana enggan membuka pintu rumah agamnya untuk membantu mangsa-mangsa yang telah terdesak kehilangan tempat tinggal dan sumber untuk meneruskan hidup.
Rumah agama pendakyah Kristian terkemuka yang khutbahnya ditonton oleh lebih tujuh juta orang setiap minggu oleh para peminatnya dari lebih 100 buah negara itu dilaporkan bernilai lebih kurang USD10 juta.
“Malulah Joel Osteen,” tweet netizen, “Jesus tentunya akan membuka pintu-pintu dan mengambil berat kepada mereka yang memerlukan.”
Taufan tersebut dikatakan sebagai yang paling buruk pernah menyerang Amerika Syarikat dalam tempoh 12 tahun, dengan ribuan mangsa kehilangan tempat tinggal. The New York Times melaporkan setakat ini terdapat 30 kematian yang telah dilaporkan.
Terkini lebih daripada 13,000 penduduk telah diselamatkan dan ditempatkan di pusat-pusat perlindungan sementara. Umat Islam turut menghulurkan tangan dengan membuka pintu puluhan masjid bagi memberi bantuan kemanusiaan dan tempat tinggal sementara kepada mangsa-mangsa taufan ini, termasuklah 21 cawangan Islamic Society of Greater Houston’s. Comments. (IH)
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
No comments:
Post a Comment