Thursday, September 28, 2017

Hajar Aswad Kemaluan Wanita, 10,000 Melayu Murtad Di Johor.. Betul Ke?


Sebuah video yang ditularkan semula berikutan tersebarnya gambar seorang lelaki berkopiah dengan rantai salib, memaparkan ceramah yang dirakamkan melibatkan seorang Paderi Melayu yang dikenali sebagai Benjamin Stephen. 

Video berdurasi lebih 1 jam 30 minit, memaparkan Benjamin berkongsi pengalaman dan kesaksiannya sebagai seorang bekas muslim kepada jemaah yang hadir di dalam majlis tersebut.

Video yang memuatkan beberapa bentuk penghinaan terhadap Islam, diucapkan oleh Paderi tersebut. Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah kenyataannya yang mendakwa bahawa di Johor sahaja sudah lebih dari 10,000 orang Melayu telah pun dimurtadkan. 

“Jadi.. aaa.. saya dari suku ‘M’, suku yang paling sensitif.. ya.. dan segala puji Tuhan, tiada yang mustahil bagi tangan Tuhan, orang ‘M’ juga mampu dipanggil Tuhan dan segala puji Tuhan, di Johor sahaja lebih daripada.. atau hampir kepada 10,000 jiwa M sudah diselamatkan” 

Kenyataannya itu disambut ucapan ‘Amen’ yang gemuruh. 

 https://www.menara.my/hajar-aswad-kemaluan-wanita-dakwa-paderi-melayu/ 

turut membuat beberapa kenyataan berunsur menghina Islam. Penghinaan yang diucapkan Paderi tersebut termasuk menyatakan umat Islam memasang pelita semasa malam tujuh likur kerana Malaikat mereka rabun malam (minit 16:30). 

Beliau juga menyatakan, umat Islam tidak mempunyai konsep kelahiran semula lalu perlu mencipta Hajarul Aswad yang dibentukkan seperti kemaluan wanita dan jemaah haji memasukkan kepala ke dalam Hajar Aswad dalam bentuk kemaluan wanita tersebut sebagai mencuci dosa seperti kelahiran semula. 

“Banyak sangat yang pelik-pelik, aneh-aneh, yang bodoh-bodoh, yang diajar orang-orang itu. Jadi Bagimana? Kemudian ada lagi dalam Islam lahir kembali, lahir baru. Dalam Kristian ada ‘reborn’. Apabila kita percaya kepada Yesus, maka hidup kita dijadikan ciptaan yang baru, lahir kembali kita. Tetapi dalam Islam tidak ada ‘reborn’, tidak ada istilah lahir kembali itu. 

Jadi Muhammad melihat orang dah berdosa 50 tahun, 60 tahun, 40 tahun, jadi Islam, bagaimana nak ampun dosa balik? Teringat dia lahir kembali. Tetapi konsep berlain dari konsep kita orang kristen. Dibikinnya di Mekah, satu batu hitam, diukir bentuk, maaf cakap, women secret part.. ya.. alat sulit orang perempuan. 

Apa yang dibikin? Dibuat lobang, diukir persis gambarnya sama gambarnya.. orang semua pergi masuk kepala dalam lobang itu, waktu musim Haji,” Video kelihatan mengapi-apikan kebencian golongan Kristian terhadap Islam di Malaysia. 

Sebelum ini, turut tular sebuah video radikal yang menghasut golongan Kristian di Johor untuk merampas negeri dan menghalau keluar semua musuh-musuh mereka dari negeri tersebut. Kemuncak kepada video tersebut, menyaksikan laungan Johor For Jesus diulang-ulang beberapa kali dengan footage gambar Istana Johor dipaparkan sebelum laungan tersebut dibuat.

https://www.menara.my/hajar-aswad-kemaluan-wanita-dakwa-paderi-melayu/

Kemunculan video-video yang memuatkan seruan radikal dalam amalan beragama seperti ini, harus disekat pihak berkuasa dan penghasil dan mereka-mereka yang terlibat berucap dan menghasilkannya perlu dikenakan tindakan oleh undang-undang dengan segera. 
(diangkat dari https://www.menara.my)

Pihak berwajib kena siasat dan bertindak segara.. (IH)

2 comments:

Unknown said...

10 RIBU MELAYU SUDAH MURTAD, bukan kecil jumlahnya, Ustad Hasyim.
Kalau betul 10 RIBU MURTAD, tentulah bersepah Melayu murtad di JB.
Tapi, saya lihat mesjid-mesjid dan surau masih penuh dengan Melayu.
Bahkan takda pun ceramah menghasut Melayu supaya murtad, di JB.
Kalau ada, tentu sudah viral.
Ini bukan perkara kecil.
10 RIBU ORANG, besar jumlahnya.
Satu kawasan KAMPONG MELAYU, MAJIDEE gamaknya!!!!!!!
Toksah ambil pusinglah dengan cakap Jawa Supardee Singapura tu.
Dia je yang murtad.
Mungkin memang Kristian sejak dari pulau Jawa lagi.

Unknown said...

Assalam, cik Minah.. sya ada bersama sya seoran yg di murtadkan di Johor.. diumpan dengan duit, wanita, tempat tinggal dan ada juga dgn dadah. mereka seperti biasa, cuma merahsiakan kristian mereka. jgn lihat pada luaran, harap pihak berkuasa Diraja Johor ambil tindakan sewajarnya dan menyelamatkan akidah org Islam kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails