Monday, September 11, 2017

Hidupkan Kembali Sekolah Mubaligh Kristian, Ini Janji PH.


SEMALAM, 7 September 2017, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, menyebut bahawa untuk meningkatkan darjat Bahasa Inggeris, Kerajaan Negeri Sarawak perlu menghidupkan kembali Sekolah Mubaligh Kristian dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Kata beliau, yang juga Naib Presiden Pakatan Harapan merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak, menjadi dasar Pakatan Harapan bahawa jika Pakatan Harapan menguasai Putrajaya maka autonomi dalam pelajaran akan diberikan kepada Sarawak dan bahawa dasar pelajaran baru Pakatan Harapan akan menubuhkan Sekolah Inggeris.
Kata beliau lagi, tidak mengapa jika Kerajaan Negeri Sarawak tidak mahu menerima pakai cadangan Pakatan Harapan pun kerana rakyat Sarawak tidak perlu menunggu lama untuk Sekolah Inggeris tersebut ditubuhkan di Sarawak sebab Pilihan Raya Umum Ke-14 sudah dekat dan kemungkinan Pakatan Harapan menawan Putrajaya adalah tinggi.
Perkara ini sebenarnya bukan perkara baru kerana Konvensyen Tahunan DAP Sarawak pada 26 Oktober 2014 telah mengeluarkan Deklarasi Bintulu bagi membutirkan asas-asas perjuangan DAP Sarawak di mana di antara butiran ini adalah “menghidupkan kembali Sekolah Mubaligh Kristian dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar”.
Perkara ini turut diulang oleh Chong Chieng Jen dalam ucapan beliau selaku Ahli Parlimen Bandar Kuching pada sidang Dewan Rakyat 8 Mac 2016 dengan menyebut “kami mahu hak untuk menulis sukatan pelajaran kami sendiri dan kami mahu menghidupkan kembali Sekolah Mubaligh Kristian dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar”.
Agak pelik kenyataan Chong Chieng Jen ini kerana, jika penguasaan Bahasa Inggeris yang menjadi masalah, kenapa cadangan penyelesaiannya difokuskan kepada “menghidupkan kembali Sekolah Mubaligh Kristian dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar”nya sahaja? Apakah penganut agama lain tidak mempunyai masalah ini?
Atau apakah mungkin ada agenda tersirat lain di sebalik cadangan tersurat DAP Sarawak, yang kini diumumkan sudah menjadi dasar Pakatan Harapan oleh Naib Presiden Pakatan Harapan merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak, untuk “menghidupkan kembali Sekolah Mubaligh Kristian dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar” ini?
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM)
Dr Kamarul Zaman Yusoff
Sumber: Facebook Kamarul Yusoff
Hasil carian imej untuk mubaligh kristian malaysia

2 comments:

Anonymous said...

Mmg itu matlamat Utama perjuangan DAP malangnya bila ada parti perjuangkan Islam mereka telah diejek dan dihina oleh org yg mengaku Islam. Mereka ini seolah manusia yg tidak punya akal dan matlamat mrk hanyalah hanya utk makan dan minum menjadi perkara plg penting (ekonomi) tak ubah haiwan!

Anonymous said...

Betuiiii

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails