Monday, September 11, 2017

Intai Isteri Jiran Mandi, Terkejut...

Lihat Isteri Jiran Mandi, Lelaki Mati TerkejutLihat Isteri Jiran Mandi, Lelaki Mati Terkejut


SEORANG lelaki dilaporkan mati terkejut apabila terjatuh semasa sedang asyik mengintai seorang wanita yang sedang mandi.

Lebih teruk lagi, wanita tersebut dikenali sebagai Dahlia dan merupakan isteri kepada jirannya. Insiden ini dilaporkan berlaku di Jawa Barat, Indonesia.
Menurut Dahlia, dia ternampak sepasang mata yang sedang mengintai di celah tingkap bilik mandi rumahnya. Apa yang mengejutkan lagi ialah lelaki tersebut hanya berseluar dalam sahaja.
Perkara itu membuatkan Dahlia terkejut dan terus menjerit memanggil suaminya.
Lelaki yang berusia 46 tahun itu dijumpai tidak sedarkan diri oleh isterinya di belakang rumah sewa mereka. Isterinya yang terdengar jeritan ketakutan tersebut terus bergegas ke belakang rumah untuk lihat apa yang berlaku.
Ajun yang ketakutan selepas perbuatannya terbongkar hilang kawalan dan terjatuh sehingga tidak sedarkan diri. Namun, dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Dalam pada itu, hasil bedah siasat menunjukkan Ajun mati mengejut akibat sakit jantung.
Walau bagaimanapun, laporan polis telah dibuat dan mereka masih giat mengumpul maklumat dan keterangan saksi serta beberapa orang lagi.
Hasil siasatan polis, mereka mendapati ini bukan kali pertama lelaki tersebut berpelakuan sebegini. Menurut penduduk di situ, Ajun memang dikenali dengan sikapnya yang suka mengintai orang mandi di kawasan tersebut.

Sedikit Mengenai Larangan Skoding, Mengintai Atau Tajassus Dalam Adab &Menghormati Jiran.


larangan mengintai

Ulama juga menghuraikan dengan jelas maksud akan ayat ini. Antaranya Al-Imam Al-Tabari: 
  • “wala tajassasu bermaksud jangan kamu mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari kesalahannya. Kata Ibn ‘Abbas: ‘Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain.'” Tafsir Al-Tabari.

Bentuk larangan mengintai yang dijelaskan menurut dalil di atas juga jelas mengenai kesalahan-kesalahan bersifat peribadi, keaiban individu, atau rahsia peribadi individu yang tidak berkaitan dengan maslahat (kepentingan) awam. Ini bermakna, apa-apa yang bersifat peribadi individu kita dilarang untuk intai atau bicarakan seperti tubuh badan, kelakuan dalam rumah, dan sebagainya.
Ramai yang keliru, apabila Islam melarang tajassus, ada pula yang akan kata “kita jangan dedahkan kesalahan seseorang kepada khalayak umum”. Sekiranya ia dimaksudkan dengan aib peribadi, ya Islam melarang keras sebagaimana dalil di atas. 
Namun sekiranya ia dimaksudkan dengan kejahatan seseorang yang melibatkan kepentingan awam seperti penyelewengan, rasuah, membunuh, dan sebagainya maka itu satu kekeliruan. Dalil di atas hanya dimaksudkan kepada larangan mengintai hal peribadi. Namun tidak dimaksudkan dengan larangan mendedahkan kesalahan jenayah yang akan mengakibatkan kemusnahan kepentingan awam.
Oleh itu, tindakan menyerbu ke bilik-bilik hotel, rumah, atau penginapan dengan alasan mencegah maksiat tetapi bertindak seperti mana yang dilarang dalam ayat di atas, ia dikategorikan sebagai tajassus. Ini bukan sahaja kerana larangan yang diperintahkan dalam Al-Quran malah banyak implikasi lain atas tindakan tersebut. Antaranya, serbuan berlaku dalam keadaan pelaku terbuka aurat. Atau tersilap melakukan serbuan kepada pasangan suami isteri yang sah atau pasangan bukan Muslim.
Islam meletakkan disiplin menghukum pelaku hanya apabila kesalahan itu nyata dan bukanya dicari-cari seperti mana penjelasan di atas. Nabi juga ada memesan kepada para sahabat bahawa baginda hanya menghukum sekadar apa yang nyata. Sedangkan Nabi tidak mampu mengetahui isi hati dan fikiran manusia. Begitu jugalah Nabi tidak akan melakukan tajassus seperti mana yang dilarang.
Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:
  • “Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”
Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: 
  • “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.
Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)
  • “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).
Maka ada seorang bertanya:
  • “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?
Jawab Nabi saw:
  • “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.
Oleh itu, penguatkuasa hari ini perlu melakukan satu perubahan yang lebih menepati kehendak dalil di atas agar dapat memelihara imej agama yang bersifat rahmat dan pemaaf ini. Ia amat penting kerana dikhuatiri akan ditentang oleh masyarakat awam. 
Begitulah indahnya Islam dalam mengatur peradaban kehidupan berjiran. Al-hamdulillah! (IH)


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

No comments:

Post a Comment