Friday, September 15, 2017

Koyak Sijil PPBM, Bekas P/SU Keluar Parti Hari Ini..


Hasil carian imej untuk Penolong Setiausaha Srikandi Parti Pribumi Hasnita Hishamudin HASNITA HISHAMUDIN (tengah) mengoyak sijil watikah pelantikan beliau sebagai Penolong Setiausaha...
Bekas Penolong Setiausaha Srikandi Parti Pribumi Hasnita Hishamudin mengisytiharkan keluar parti itu hari ini berkuat kuasa serta-merta.
Dakwa Hasnita, dijangka lebih ramai ahli Srikandi PPBM seluruh negara mengikut keputusannya untuk keluar parti dalam masa terdekat.
“Tindakan ini dibuat kerana parti ini mengamalkan kronisme dan pilih kasih melampau selain elemen-elemen jijik mula masuk ke dalam parti apabila mereka yang rapat dengan pemimpin tertinggi mengatur orang-orang sendiri.
“Jelas sekali ramai yang masuk ke dalam PPBM hanya mementingkan jawatan daripada memikirkan permasalahan rakyat dan ini sama sekali bertentangan dengan propaganda yang dimainkan ketika penubuhan parti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yang turut hadir bekas Setiausaha PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman. 


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

4 comments:

Unknown said...

Baguslah dia keluar PPBM.
Mungkin UMNO/PAS dah tawarkan jawatan dan dedak yang lumayan.
Dudul dalam PPBM, bukan boleh dapat dedak.
Nama je gah, Jawatan setiausha Srikandi.
Hasilnya, elek.
Semua orang masuk party politik nak kaya.
Apa kes berjuang bermati-matian untuk rakyat dan negara.
Siapa nak perjuangkan kocek kita, kan.

Anonymous said...

lps ni blh la tubuh parti baru...dan bukti kan yg kamu akan bermati2an berjuang utk rakyat dan negara.

Anonymous said...

Kah Kah Kah...... Inilah perjuangan ikhlas oleh parti bekas boss UMNO. Sumpah ikhlas dlm mengejar jawatan dan pangkat. Kami tak sembunyikan fakta tersebut bukan mcm UMNO main sembunyi2. Kami juga ikhlas dlm menyusun dan mengatur kroni2 kami memegang jawatan mcm boss kami Madey yg berjuang utk anaknya Mukhriz....... Sumpah kami tak tipu..... Kami ikhlas....... Kah Kah Kah!

mahligaiseni said...

Selamat berjaya, Saudari Hasnita. Hebat saudari koyakkan watikah itu. Dari situ orang sudah dapat menilai siapa saudari. Memang sungguh luar biasa keberanian saudari dan sungguh tinggi kebencian saudari kepada PPBM. Syabas, ya. Semoga ada ganjarannya nanti. Amin... Selamat maju jaya sakali lagi. Saya nak tengok apakah lanjutan episod perjuangan saudari.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails