VIJAYAWADA - Seorang wanita muda berusia 21 tahun di India harus mengalami cedera parah setelah nekat melompat dari sebuah keretapi yang sedang bergerak laju. Wanita tersebut diketahui melompat dari keretapi untuk menghindari aksi pelecehan seksual.
Mangsa menyatakan bahwa, ia hendak dilecehkan oleh 3 penumpang lelaki. Ketika kejadian, wanita malang itu diketahui sedang naik keretapi bersama 2 temannya. Ia tengah dalam perjalanan dari Chennai, India Selatan menuju ke kampung halamannya Vijayawada dengan menggunakan keretapi laju Ernakulam-Hazrat Nizamuddin.
"Saya terpisah tempat duduk dengan kedua teman saya dan dekat dengan ketiga lelaki itu. Pertama-tama mereka berbicara hal-hal tidak senonoh sebelum melakukan pelecehan," ujar mangsa dalam keterangannya pada polis sebagaimana dikutip dari IBTimes, Isnin (4/9/2017).
Mangsa menambahkan, hanya 2 orang pelaku yang menyentuh tubuhnya sementara 1 seorang lagi merakam aksi tersebut dengan telepon. Sebelum nekat melompat, ia sempat meminta bantuan kepada penumpang lainnya. Namun, tak ada seorang pun dari mereka yang bersedia membantunya.
Merasa terpojok dan tak punya pilihan, ia kemudian nekat melompat dari keretapi. Teman-teman korban yang menyedari aksi nekatnya kemudian menghidupkan alarm darurat keretapi dan tak lama kemudian keretapi pun terhenti.
Kejadian ini kemudian segera dilaporkan kepada polis dan gadis itu langsung dievakuasi lalu dikejarkan ke rumah sakit. Ketiga suspek diketahui Korban yang berasal dari Bihar dan Harikesh Yadav serta Sudhakar yang berasal dari Negara Uttar Pradesh. Polis kini telah meringkus ketiganya.
Gambar tiada kena mengena dengan kes di atas..
Komen weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana kalau hukum rogol menurut Islam diperkenalkan ke seluruh dunia sebagai alternatif kepada masalah sosial dunia supaya tidak berlaku saperti yang berlaku di atas?
Ini Sepintas Mengenai Rogol.
1. Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam?
Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut:
Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan.
Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya.
Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (dilarang) dan mengenakan hukuman pencegahan atas seseorang yang melakukannya. Islam menutup pintu kepada penjenayah yang ingin melakukan jenayah ini. Kajian barat menunjukkan kebanyakan perogol ialah penjenayah sedia ada yang membuat jenayah mereka dibawah pengaruh alkohol dan dadah, dan mereka mengambil kesempatan atas keadaan mangsa mereka berjalan sendiri di tempat terlindung atau tinggal sendirian di rumah.
Kajian itu juga menunjukkan apa-apa yang penjenayah saksikan di media dan gaya pakaian separuh-bogel yang perempuan pakai semasa keluar juga mendorong kepada perlakuan jenayah hina ini. Hukum Islam datang untuk melindungi maruah dan kehormatan wanita. Islam melarang perempuan memakai pakaian yang tidak sopan. Bahkan, Islam menggalakkan lelaki dan permpuan muda berkahwin awal, dan banyak lagi hukum yang menutup pintu rogol dan jenayah lain.
Maka tidaklah mengejutkan apabila kita dengar atau membaca yang kebanyakan jenayah ini berlaku dalam masyarakat yang bebas, yang dipandang oleh sebahagian Muslim sebagai contoh ketamadunan dan kecemerlangan! Perlu dinyatakan disini yang di Amerika , contohnya, Amnesty International menyatakan dalam satu laporan 2004 yang bertajuk “Hentikan Keganasan Terhadap Wanita” yang setiap 90 saat seorang wanita dirogol sepanjang tahun itu.
Hukuman rogol dalam Islam sama dengan hukuman zina, iaitu rejam jika penjenayah berkahwin, dan satu ratus sebatan dan buang negeri untuk satu tahun jika dia belum berkahwin.
Disamping itu, Ibn `Abdul-Barr (semoga Allah merahmati ruh nya) berkata:
- Para ulama bersepakat bersetuju yang perogol tertakluk kepada hukuman hadd jika terdapat bukti jelas terhadap nya yang dia sepatutnya diberi hukuman hadd, atau jika dia mengakui. Sebaliknya, dia dihukum (iaitu, jika tiada bukti yang hukuman hadd untuk zina boleh dilaksanakan terhadapnya kerana dia tidak mengakui dan tiada empat saksi, maka hakim boleh menghukumnya dan menetapkan satu hukuman yang akan mencegahnya atau yang lain sepertinya). Tiada hukuman untuk perempuan jika benar yang lelaki memaksanya dan mengatasinya. (Al-Istidhkaar, 7/146).
- (Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar) (Al-Ma’idah 5:33).
2. Adakah terdapat hukuman tertentu untuk perogol?
Menurut fatwa berikut yang dikeluarkan oleh Dr. Ahmad Yusuf Sulaiman, professor undang-undang Shari`ah Islam di Universiti Kaherah:
Jika seorang perempuan dirogol, dia sepatutnya menyaman terhadap orang yang merogolnya. Jika terbukti yang dia dirogol, maka mahkamah mesti mengenakan hukuman ta`zir (mengikut budi-bicara hakim) atas perogol. Hukuman ta`zir itu boleh mencapai hukuman mati, mengikut beberapa mazhab. Hal ini sama sekali berdasarkan atas bukti yang rogol itu disahkan melalui ujian perubatan dan proses mahkamah, tanpa pengakuan perogol itu sendiri.
Dalam kes yang perogol mengakui jenayah itu, maka hukuman zina dikenakan atasnya. Jika dia tidak berkahwin, maka dia disebat 100 sebatan. Jika dia berkahwin, maka dia direjam hingga mati.
Untuk mangsa rogol, tiada hukuman dikenakan atasnya. Dia mesti dilayan dengan mulia dan hormat, dan semua bentuk pertolongan mesti diberi kepadanya untuk mendapatkan haknya. (Terjemahan daripada: Punishment for Rapists)
3. Bolehkan perempuan muslim membunuh dirinya jika dia yakin 100% yang dia akan dirogol oleh sekumpulan lelaki? Jazakum Allah khayran.
Pertamanya, perempuan Muslim mesti cuba sedaya-upayanya untuk mentaati ajaran Islam dan mematuhi akhlak Islam, terutamanya apabila berurusan dengan lelaki.
Jika dia diancam secara seksual oleh perogol, dia ada hak untuk pertahankan dirinya. Namun, dia tidak dibenarkan untuk membunuh dirinya kerana sebarang sebab kerana membunuh diri adalah Haram (dilarang). Hanya Allah mengetahui yang ghaib. Dia mungkin tidak tahu akibat cubaan jenayah mereka; mereka mungkin gagal dalam melaksanakan rancangan jahat mereka.
Dalam hal ini kita ingin menjelaskan yang seorang perempuan Muslim berdepan dengan dua kemungkinan:
- Dia terdedah untuk menjadi mangsa rogol atau serangan seksual
- dan ini mungkin mendorong dia membunuh diri, satu perbuatan yang terlarang.
Di sini kita bayangkan kejadian dua mudarat, salah satunya, berkaitan membunuh diri, yang pasti, sedangkan yang satu lagi, berkaitan dirinya terdedah kepada rogol, sesuatu yang mungkin, tetapi tidak pasti. Maka, dalam hal ini, membunuh diri tidak dibenarkan.
Lagi pun, kita mesti menimbangkan kesan buruk antara membunuh diri dengan rogol atau serangan seksual. Rogol atau serangan seksual kurang mudarat dibandingkan dengan membunuh diri. Disamping itu, memelihara nyawa ialah kewajipan kehidupan, sedangkan matlamat lain, seperti memelihara maruah seseorang, jatuh ke tempat kedua dikalangan matlamat-matlamat asas yang Islam ingin capai. Maka, tidak dibenarkan bagi seorang perempuan, mangsa rogol, untuk membunuh diri.
Menjawab persoalan tersebut, ulama, penulis dan pensyarah Islam Saudi terkenal Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjidmenyatakan:
“Seorang perempuan yang dipaksa untuk melakukan Zina wajib mempertahankan dirinya dan tidak sepatutnya mengalah, walaupun jika dia membunuh orang yang ingin merogolnya. Mempertahankan diri merupakan kewajipan, dan dia tidak bersalah jika dia membunuh orang yang ingin memaksanya melakukan persetubuhan.
- Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda:“Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan hartanya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan dirinya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan agamanya ialah syahid, dan sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan keluarganya ialah syahid.” (Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Hibban)
Disamping itu, seorang perempuan tidak dibenarkan membunuh dirinya kerana takut dirogol. Seorang perempuan Muslim yang baik diwajibkan menangkis serangan penyerang, tetapi dia tidak dibenarkan pergi keterlaluan dan membunuh dirinya. Jika dia membunuh dirinya, maka dia melakukan perbuatan yang Haram.
- Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: “Manusia daripada Ummat ku tidak dipertanggung-jawabkan atas perbuatan yang mereka lakukan kerana tersilap, atas perbuatan yang mereka lakukan kerana terlupa, dan atas perbuatan yang mereka dipaksa melampaui kemampuan mereka.” Allah (SWT) berfirman, “…, kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman. …” (An-Nahl: 106)”
ReplyDeleteRasulullah saw datang ke tengah masyarakat yang masih kafir memperkenalkan Allah swt sebagai Tuhan hingga beriman kepada Nya dan menerima baginda Nabi sebagai Rasulullah. Mereka mendapat pimpinan dan didikan hingga menjadi seorang individu bertaqwa yang sekali gus membentuk sebuah masyarakat Mukminin yang menjadi contoh serta teladan
Sejarah keimanan dan keadilam yang melata daripada mereka menarikn orang non muslim ketika itu suka bernaung dan dilindungi oleh kepimpinan Islam.
Undang-undang Islam yang kamu jadikan subjek merelevenkan maksud berpolitik kamu hari ini, di zaman Nabi ia lebih kepada menjadi pagar kepada masyarakat mukmin daripada segelintir orang yang masih atau terpengaroh oleh bisikan nafsu atau syaita. Pelaksanaannya pada masa itu memperlihatkan keindahan dan keadilan agama Alllah Taala.
Kecintaan dan ketakutan mukmin kepada Allah Taala masa itu jika tersilap bersyariat mereka sendiri berjumpa Nabi saw minta diadili.
Mereka kebanyakaan orang hari ini lebih perlukan pimpinan berbanding penguatkuasaan undang-undang. Syariat Islam kelihaan zalim dan hina jika pelaksanaannya lebih kepada dipaksakaan..
Mempromosikan syariat Islam supaya diterima ramai perlulah dilakukan sesuai dengan keindahan dan keadilan Islam itu sendiri yang berteraskan rahmat dan kasih sayang daripada Allah swt.
Wallahu'aklam.
"Mereka kebanyakaan orang hari ini lebih perlukan pimpinan berbanding penguatkuasaan undang-undang. Syariat Islam kelihaan zalim dan hina jika pelaksanaannya lebih kepada dipaksakaan.."
ReplyDeleteSeolah2 bermaksud di zaman yg tiada nabi syariat islam ni tak berapa sesuai ataupun dgn erti kata lain syariat islam ini bukan utk sepanjang zaman.. begitu maksud kamu?
awas.. jangan terjatuh ke lobang murtad..
ReplyDelete