Tuesday, September 19, 2017

MCA Beli Tanah RM1 Sekaki Per. Samakah Dengan G/Eng P.Pg?


FullSizeRender (1)
PETALING JAYA, 18 SEPT: MCA didakwa membeli tanah milik kerajaan dengan harga RM1 sekaki persegi di Kampung Chempaka, di sini, dakwa Yeo Bee Yin.
Ahli Dewan Negeri Damansara Utama itu berkata, ia dilakukan pada 2007 ketika Kerajaan Negeri masih diteraju Barisan Nasional (BN).
Katanya, tanah berkenaan yang pada asalnya dizonkan sebagai ‘water body’ juga dijual kepada MCA tanpa perlu membayar premium semasa.
“Kita berasa sangat pelik bagaimana MCA boleh memiliki tanah diklasifikasikan sebagai ‘water body’.
“Betapa beraninya BN melakukan perkara sedemikian, malah mereka juga berani membuat permohonan penukaran zon walaupun Kerajaan Negeri kini diteraju Pakatan,” katanya menerusi Instagram @yeobeeyin.
Bee Yin mendedahkan perkara itu ‘kantoi’ apabila MCA membuat permohonan bagi menukar status ‘water body’ kepada status komersial kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), awal tahun ini.
“BN sangat sakit, rakyat diharap menolak ahli politik yang menyalah guna kuasa untuk mengkayakan mereka dan kroni mereka,” katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa penjualan berkenaan dilakukan menerusi bekas ahli parlimen MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Katanya, tanah itu bernilai sekurang-kurangnya RM400 sekaki persegi dengan nilai keseluruhan RM18 juta namun dijual pada harga RM50,000 sahaja kepada MCA.
“Kami menggesa tanah itu dikembalikan kepada Selangor atau MCA bayar harga semasa tanah berkenaan,” katanya dipetik Malay Mail Online.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Beli tanah murah ini, samakah dengan pembelian tanah oleh Lim Guan Eng yang didakwa rasuah di Pulau Pinang, atau Khir Toya di Selangor?
Sama saja perangai puak-puak sekularis dan materialis dalam mentadbir kerajaan, mahu merompak tanah rakyat?
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.


1 comment:

Anonymous said...

Adakah perkara ini boleh disamakan juga dengan kes Range Rover di Kelantan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails