Wednesday, September 13, 2017

Memali: Tun M Penderhaka Kepada Sultan Kedah!



Oleh: Mohamad Zuhdi Mat Piah
Anak Mangsa Memali 1985.

Almarhum Tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim pernah menitiskan airmata ketika mendengar kisah yang berlaku di Memali oleh Tuan Guru Ustaz Awang Lanai (sekarang masih hidup).

Almarhum Tuanku Sultan sanggup mencemar duli turun menziarahi makam syuhada Memali di Parit Panjang Kedah ketika itu. Almarhum Tuanku Sultan menghadiahkan batu nisan dan menyiram air mawar di pusara As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan muridnya yang lain. Hal tersebut memberi tamparan hebat kepada Tun Mahathir dan pemimpin Umno ketika itu yang mendakwa Ustaz Ibrahim Libya penjenayah, pembawa ajaran sesat, komunis dan pelbagai lagi tuduhan.

Mungkinkah seorang sultan akan menziarahi dan menyiram air mawar di pusara seorang penjenayah atau pemberontak? Mungkinkah seorang sultan menziarahi pusara pembawa ajaran sesat atau komunis? Maka tindakan pemerintah ketika itu adalah tindakan bermotif politik dan berniat jahat.

Batu nisan di 13 makam syuhada Memali tersebut (seorang lagi keluarga bawa balik) membuktikan mereka bukan penderhaka, bahkan batu nisan itu kekal hingga kini. (PAS)

5 comments:

Mat Gunong said...

Kesian Arwah Ibrahim libya. Teraniaya kerana terpengaruh dengan Amanat SYAITON. Sehingga memulakan pertempuran ,kerana yakin surga didepan mata.

Anonymous said...

Mmg sah Ibrahim Libya cuma barua2 Amanah je dok putar belit cerita spt anon 2.54 demi meraih laba politik sehingga seorang penjenayah spt Madey telah diangkat sebagai wira! Tak hairanlah depa juga anggap Lim Kit Siang bekas pejuang komunis sebagai Wali depa!

Anonymous said...

Mahathir wajib dihukum!
Mahathir wajib dihukum!
Mahathir wajib dihukum!

sayednoordin said...

baginda,Sultan yang menyayangi dan disayangi..

mursyid said...

apa pun yang telah berlaku peristiwa memali mesti disiasat kembali agar keadilan dapat diberikan kepada rakyat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails