SHAH ALAM - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Malaysia akan melabur sehingga AS$24 billion (RM100 billion) di Amerika Syarikat (AS) adalah amat mengejutkan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini kerana pelaburan itu kononnya untuk ‘mengukuhkan ekonomi AS’, sedangkan ekonomi negara memerlukan pelaburan lebih besar.
“Malaysia adalah negara yang ekonominya sedang berkembang dan kita sedang melakukan yang terbaik untuk menarik pelaburan dari negara-negara maju, bukannya menghantar wang kita keluar dari negara ini.
“Baru-baru ini, kita memperoleh pelaburan RM1 bilion daripada Ikea untuk membina pusat pembekalan dan pengedaran serantau untuk Asia Pasifik di Pulau Indah. Ia mewujudkan nilai tambah, menjana pekerjaan dan menggandakan kesan ekonomi negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam pertemuan dengan Trump, Najib berkata, Malaysia menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd merancang meningkatkan pelaburan mereka di AS dan membeli lebih banyak pesawat Boeing bagi membantu mengukuhkan ekonomi negara itu.
Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, adalah sukar dipercayai bahawa KWSP akan membelanjakan antara AS$3 bilion hingga AS$4 bilion ke atas pembangunan semula infrastruktur di AS.
“Adakah Perdana Menteri cuba memberitahu kita bahawa membantu AS membina infrastruktur adalah lebih penting daripada membantu Sabah dan Sarawak membina jalan raya dan paip air?
“Wang dalam KWSP adalah wang amanah untuk rakyat dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya,” katanya.
Menurut beliau, pemimpin tidak boleh menggadaikan kesejahteraan ekonomi negara hanya untuk peluang bergambar.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Monyet-monyet di hutan AS disusukan, anak sendiri di rumah dibiarkan kelaparan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Monyet-monyet di hutan AS
ReplyDeletedisusukan,anak sendiri di rumah dibiarkan kelaparan.
Salah tu Ustaz Hasyim. Peribahasa yang sesuai,
'Bio papa, asalkan bergayo....'
HEHEHEHE......
okey, ha ha ha
ReplyDeleteApakah pendapat peyumbang penyumbanag KWSP? Relakah wang sumbangan bulanan dari titik peluh mereka mereka redha membantu negara shaitan yang baru baru ini menyekat kemasukan rakyat banyak negara negara Islam memasuki negara mereka? Ini kes mat yang hanya mampu makan moi nak bantu John yang se tiap hari makan stake.
ReplyDeleteya ya sokong.
ReplyDeleteIni utk pujuk Trump hentikan siasatan ke atas 1MDB
ReplyDelete