Friday, September 15, 2017

Najib: Jiwa Besar, Kancil Nak Berak Macam Gajah.. Relah Juboq!


DR AZMAN IBRAHIM 

Jiwa besar seorang pemimpin sebuah negara kecil


ISLAM mengesyorkan kita membantu sesiapa saja antara sesama manusia. Tapi Islam mengajar kepada kita fiqh keutamaan. Dalam beberapa pilihan untuk membantu, kita ada yang lebih utama. Bukannya yang kurang utama tak boleh buat, tapi bila kita tinggalkan yang lebih utama kerana nak buat yang kurang utama, ia menggambarkan kita tak berapa faham asas dan kaedah.
Antara contoh keutamaan ialah, bantu keluarga terdekat yang memerlukan adalah lebih utama daripada bantu orang yang jauh. Bantu orang kampung sendiri lebih aula dari bantu orang kampung lain. Mencukupkan keperluan di negeri sendiri adalah lebih utama dari mencukupkan keperluan di negeri orang. Bantu rakyat sendiri yang terdesak untuk meneruskan kehidupan adalah lebih utama dari bantu rakyat negara orang.
Saya ulang sekali lagi, bukan tidak digalakkan bantu orang yang jauh, tapi agak malang kalau orang kampung kita sendiri makan nasi hanya berlauk minyak bekas goreng ikan dan ikannya tiada sedangkan dalam masa yang sama kita tersenyum lebar sambil tangkap gambar dalam misi bantuan antarabangsa.
Kita bangga dengan hasrat PM nak bantu kukuhkan ekonomi US. Ia menggambarkan jiwa besar seorang pemimpin sebuah negara yang relatifnya kecil kalau nak dibandingkan dengan Amerika. Walau kita negara kecil, pemimpin kita bermentaliti sebuah kuasa besar ekonomi dunia! Ini sudah cukup membanggakan kita.
Bukankah ada ungkapan, 'kita adalah sebagaimana kita melihat diri kita'. Bila kita melihat diri kita besar, maka besarlah kita. Persetankan apa pandangan orang lain kepada kita! Apatah lagi yang Malaysia nak bantu Amerika ialah membeli pesawat Boeing. Mana tahu sebagai balasannya Trumph menghadiahkan PM kita sebuah pesawat kerajaan yang canggih seumpama Air Force 1, pesawat rasmi Presiden Amerika dari model Boeing 747.
Tentunya PM mempunyai ramai penasihat agama yang telah menasihati beliau dalam bab fiqh keutamaan. Dengan makna keperluan ekonomi rakyat dalam negara semua dah OK. Maka layaklah kita bantu US pula. – HARAKAHDAILY 15/9/2017

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bayangkan kalau se ekor sang kancil nak berak macam gajah.. "Relah juboq!" kata orang Pulau Pinang.

Lihat seblum ini..

No comments:

Post a Comment